my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

RENDANG TOK - Mas Dunia ku

 
Rendang tok kakpb ni tak hitam sangat, agaknya kurang gula dan santan kot? Sebenarnya kakak kakpb biasa buat rendang ni tapi caranya berbeza sikit, ada cili padi, kalau tak silap serainya di titik. Nanti balik sana kakpb tanya dia. Ni tak memuaskan hati sebab tak betul-betul hitam. Masa masak hari tu, rasa nak tuangkan kicap je=((
 
Apa2 pun anak bujang dengan ayahnya suka sangat rendang ni, dua kali tambah dia orang tu. Bulan puasa ni rasanya kerap juga masak daging. Lepas ni nak kurangkan pulak, sebab dah nak dekat raya.......orang puasa berat badan turun, kita orang biasa je, macam makin naik pulak:-S

Kakpb minta izin copy paste resipi rendang ni ye Mas.....>:D<

RENDANG TOK
oleh: @blogsurirumah
sumber: Mas Duniaku

Bahan :
1 kilo daging lembu - Mas guna daging cincang 
santan dari sebiji kelapa - agak2 tuang sampai daging tu tenggelam
2 sudu besar kerisik - boleh tambah jika perlu
2 sudu besar gula merah - boleh tambah jika perlu
2 sudu besar membumbung serbuk kari daging - boleh tambah jika perlu
kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang
1 biji bawang besar - hiris  nipis2
1/4 inci halia - hiris nips2
1 helai daun kunyit - hiris
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
1/4 inci halia
3 ulas bawang putih
1/4 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
2 batang serai - hiris2 dulu


  1. Cara memasak :
  2. Gaul sebati daging, bawang besar yang dihiris2, bahan2 tumbuk, halia yang dihiris2, daun kunyit, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, gula merah, kerisik dan serbuk kari, jika nak lebih sedap, perap dulu selama 1 jam.
  3. Kemudian masukkan kedalam kuali bersih. 
  4. Tuang santan hingga daging tenggelam, sebatikan dulu.
  5. Buka api perlahan dan biarkan rendang mendidih, masukkan garam secukup rasa dan masak hingga rendang kering. 
  6. Semasa memasak seimbangkan rasa kerisik, serbuk kari dan gula merah tu mengikut selera kita....gelap Rendang Tok tu bergantung pada kerisik dan gula merah....jadi kena pandai seimbangkan.....
  7. Santan juga memainkan peranan untuk mendapatkan Rendang Tok yg hitam, guna santan kelapa yg pekat yerk....santan kotak...no no no
  8. Masak hingga Rendang Tok kering, boleh juga lembab berkuah jika suka dengan api perlahan dan sentiasa kacau rendang tu.
  9. Sedap dimakan dengan nasi panas, roti atau pun pulut.... 

10 ulasan:

  1. Di rumah kakcik, daging kurang 'laku'... :)

    BalasPadam
  2. nmpk sedap la...mcm dh nk raya la pulak...sedap ni klau mkn dgn pulut...

    BalasPadam
  3. isy..isy..isy...
    bebetul buat dayah lapar la..
    hehehe..
    pagi nih blog sumer kalau tak tunjuk makanan , cerita pasal badminton..
    hihi..

    BalasPadam
  4. letak gula melaka lebih kot kasi gelap ..
    yang ni pun dah nampak menarik

    BalasPadam
  5. Kakak puasa nie jarang berdaging sebab tak masak kan zana. Tapi ada beli serunding daging buat anak makan dgn roti..

    BalasPadam
  6. Tak kisahlah warnanya tu Zana... yang penting sedap!

    BalasPadam
  7. sedap ni cicah lemang he he
    tp thn ni raya tak boleh masak daging sb pak kena pantang makan daging hu hu kenalah turut pantang daging kan
    nk makan kena beraya umah jiran2 he he

    BalasPadam
  8. rakyat jelata dah puji sedap tu tak kisahlah apa warna pun, janji habis, hehehe

    BalasPadam
  9. aduuuuuhhh.......
    komen panjang lebar tak masuk lakk...


    tima kasih kak zana sudi mencuba resepi MIL Mas nie..
    memang menu wajib family mertua mas kak...
    tak pe kak rendang tok akak nie tak gelap...
    janji rasanya sedappp...
    mungkin kurang santan @ gula merah @ kerisik kot kak..
    lain kali boleh try lagi..he3
    mas tengok kejadian rendang tok akak ni dah cantikk dah...

    BalasPadam
  10. rendang tok sgt sedap.... tapi susah nak dapat..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)