Assalammualaikum semua dan kembali berjumpa di blog, lama betul kakpb tak update. Bukan apa, sibuk melayan tetamu dan juga main masak-masak di rumah MIL. Emak tak berapa sihat selepas operate lutut beberapa bulan lepas. Namun sekarang ni alhamdulillah, dah boleh berjalan sedikit. Mungkin sebab dia seronok melihat anak-anak balik beraya agaknya.
Bagaimana sibuk pun, kakpb sempat juga curi masa keluar sebelah malam untuk cuci mata di KB Mall dan Bazar Tok Guru. Dapatlah beberapa helai tudung bawal yang cantik pada mata kakpb. Beli juga sehelai untuk emak di KL. Cari beberapa bungkus keropok dan lain-lain makanan untuk di bawa pulang ke Sabah.
Paling best dapat makan laksa Penang walaupun dok Kelate....hehe...semangkok share berdua sebab perut dah kenyang. Sedapnyaaaaaa......lama tak makan laksa penang.
Ni pulak, sup gear box, first time kakpb makan. Di hidang oleh kakak ipar ketika kami singgah di rumahnya. Wowww, takut kakpb tengok tulang tu......makan sikit je sebagai syarat merasa. Selebihnya cikgu fahmi bedal sampai ke tulang sumsum. Memang sedap, tapiiii....kalau terlalu kerap makan, confirm keluar masuk hospital...huhu...
Buah rambai pun ada kat rumah kakak ipar. Lama betul tak makan buah ni.......masa kecil-kecil dulu arwah tok selalu bawa balik dari kebun dia. Berbakul-bakul sampai tak lalu nak tengok.
Kakpb round keliling rumah MIL, pokok manggis baru berputik (alamat tak merasa la lepas ni sebab balik hujung tahun dah takde buahnya) Beruntungnya kali ni kakpb dapat makan cempedak dan durian. Sempatlah buat serawa yang di makan dengan pulut. Cempedak pulak di goreng entah berapa kali, itu pun sekejap je licin. Bila ramai-ramai ni rasa berselera nak makan, badan pun macam makin montel jek...
Sebenarnya ketika update ni, kakpb dah berada di rumah mak Kajang. Esok emak nak buat makan-makan di rumah adik sebab esok hari terakhir dia puasa enam. Makan lagiiiii......katanya mak nak masak laksa johor, laksa penang, nasi beriani dan ada lagi hidangan lain yang tak mampu nak tolak. Sebabnya.......sudah tentulah sebab air tangan emak.....:)
Sampai sini dulu, ada masa nanti kakpb update lagi. Terima kasih mana teman yang sudi jengok blog kakpb yang suram ni.......nanti ada masa kakpb balas kunjungan ye.....tata titi tutu!!
Lamanya tak nampak /makan buah rambai...
BalasPadamselamat hari raya kak zana.lama ke kt semenanjung?jemput dtg kenduri nnti ye.
BalasPadamAssalamualaikum zana....
BalasPadamSelamat Hari Raya, maaf zahir dan batin...
@Amie
BalasPadamSusah nak jumpa buah rambai skrg ni....
Susah nak jumpa b
@SarahSyafiq
BalasPadamAkk balik Isnin ni Sarah:-)
@MulutPayau
BalasPadamWaalaikummussalam MP..
Nak singah ke Kajang, boleh? Hehehe...
BalasPadamHi Zana, I was at Amelia's blog notice your callsign and busybody over.
BalasPadamHope not too late wish you and family selamat hari raya.....and selamat hari Merdeka.
Saya pun suka laksa Penang. Dulu2 bila saya kerjah di Malaysia, bulan2 saya pusing satu Malaysia, sampai Sabah, Sarawak....and semua laksa da try....dari Kelantan...to Kedah, Perlis, Singapore, Sabah and Sarawak.....semua pun sedap best.
You have a nice weekend, and keep a song in your heart.
Best regards.
Lee.
wah..sup gearbox tu.. pergh
BalasPadamSelamat Hari Raya Kak Zana. Maaf zahir dan batin.
BalasPadam@kakcik
BalasPadamNak balik sabah isnin ni kakcik:-)
@Uncle Lee
BalasPadamHi Uncle:-) oh suka laksa ye? Nanti uncle jln Sabah boleh datang rumah zana, kita mkn laksa Johor.
@boni kacak
BalasPadamSedap tu Boni tapi akk kureng ler....
@Nur-nba
BalasPadamSelamat hari raya Nur, maaf zahir n batin.
seronok dah balik semenanjung, bedal je apa yang dapat. nak2 masakan bonda, wahh harus lah kan..huhu
BalasPadamselamat hari raya kak Fibie. maaf zahir dan batin ye, sepanjang perkenalan kita dari di forum dulu hingga lah ke blog sekarang ;D
Slmt hari raya aidilfitri maaf zahir & batin buat Zana & family.
BalasPadamSelamat petang,...memang blog saya memakai 3 bahasa. Ulasan dalam bahasa Jawa semata melestarikan supaya bahasa itu tidak punah...
BalasPadamlamanya tak makan buah rambai...tapi buah rambai ni ada juga jenis pokok yg buahnya masam..cam kat kg saya dulu2..hehehe....
BalasPadamKulit buah rambai ni kalau buaT gulai lemak cili padi sedap ni!
BalasPadam