my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Si comel Damia dan Sofia


Gambar ni kakpb snap ketika hari raya di Kelantan tempohari. Sofia, si comel yang agak kureng rambutnya tu, cute sangat. Bila dia senyum......jelas lesung pipitnya, macam maklongnya jugak!!:P tau ke siapa maklongnya yang ada lesong pipit tu? tuuuu....yang tengah riba dia tu..;) tapi belah kiri je. Lesong pipit Sofia kiri kanan (macam umi dia) Nakal ni......suka memanjat....suka makan, semuanya dia nganga.

Sofia adalah anak sulung kepada adik cikgu fahmi yang perempuan. Maklongnya tak dapat bermesra sangat sebab ni kali ketiga jumpa Sofia selepas dia lahir. Tunggu besar sikit baru boleh kamceng.

Gambar dengan abang Aziz tu, si Damia......anak sulung adik cikgu fahmi yang nombor dua, kira abang ngah ler. Petah dan bijak bercakap. Masa kecil dulu tak berapa ramah, berbeza betul bila dia dah sekolah tadika Islam di Trengganu. Doa-doa, surah dan selawat semua dia hafal.....walaupun pelat lagi. Suka sangat dia bila abang aziz buat lawak......masa kecil ni tak malu sangat bergurau senda. Tengok nanti besar sikit, mesti rasa janggal. Tambah pula jarang dapat jumpa.

nota kakpb: seronok kalau ada anak perempuan..=((

9 ulasan:

  1. Lelaki perempuan sama jer! Jnji mrk jd anak2 yg guna xunia akhirat. Jgn sedih2 ye.....

    BalasPadam
  2. Suka tengok anak2 yang cerdik dan petah. :)

    BalasPadam
  3. Kak Es pun suka dengar budak2 hafal ayat Quran..walaupun pelat tapi rasa sejuk je

    BalasPadam
  4. sofea tu.. amboih.. jelingan mata dia tajam betul..hehehe

    BalasPadam
  5. comeynyee..mcm wafa jugak semua ngangaa..hehe

    BalasPadam
  6. Comel.. Bersyukur kak sebab ada anak.. Ramai yg teringin nak timang anak sendiri tapi belum tercapai.

    BalasPadam
  7. Anak saya semua lelaki... insya-Allah nanti dapat anak perempuan juga (menantu laaa he he he ehhh)

    BalasPadam
  8. Kak Zana - saya pulak menantikan kelahiran anak lelaki sampai bersolat hajat.. alhamdulillah Allah perkenankan... dpt la si Shashal yg bongsu tu.

    BalasPadam
  9. seronok melayan anak2 kecil bercakap..comel kan..terhibur..anak2 paling suka melayan bebudak2 kecil..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)