my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Biskut Suji Kristal...pojaan hatiku!!

Sekadar berkongsi....
SURAH YUSUF (Yusuf)

Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.


Semalam kan.....mood kakpb merewang :( jauh ke semenanjung sana. Sedih dan sayu hati ini mengingatkan kembali saat kami sekeluarga (masa tu bujang lerr...) berbuka beramai-ramai. Dengan anak-anak saudara yang berciak miak #:-S masing-masing pilih tempat duduk nak berbuka, maklum la.....dah ramai-ramai mana boleh duduk semeja, tak cukup. Bagi yang otai je dok meja, kecik-kecik..... hingusan dok jauh-jauh.....

Bila dah kahwin, ada keluarga lain, kena utamakan dulu sebelah suami. Walau kekadang hati tidak merelakan, inilah hukum Allah, kena redha. Walau sesukar mana keadaan kita, mohonlah padaNYA, hanya Dia tempat kita mengadu segala kepahitan, keperitan dalam hati. Jika kita mengadu pada seseorang, dia hanya boleh mendengar, kemudian berlalu pergi tanpa ada penyelesaiannya.

Tak mo sedih2 la....;) nanti raya muka tak cun, tak berseri kan? Mesti ada yang dah pergi spa buat rawatan muka, ada tak? Kakpb spa dalam toilet 'pondokburuk' je.....sental ler dengan hampas kelapa ke, kopi ke.....buah tomato....nenas...hilang semua daki-daki tu.

Ni, biskut suji kristal kegemaran cikgu fahmi (semua kegemaran dia, kegemaran bini dia mana tah!) Terima kasih Ummi, Azlita, Kak Wan dan kawan-kawan lain yang pernah tayang kat blog. Biskut ni memang sedap dan lembut. Pasti sesiapa yang punya pak dan mak mertua yang takde gigi tu akan suka......oppss...cair di mulut, kenyang di perut!!

BISKUT SUJI KRISTAL
@blogsurirumah
sumber asal : kak wan
copy paste: ummi kuantan dan Azlita masam manis

Bahan A - Diayak bersama
  • 250 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh baking soda

Bahan B
  • 125 gm gula icing
  • 1/8 sudu teh garam
  • 100 gm badam kisar - di pangang (kakpb beli yg dah siap kisar)
  • 1/2 sudu teh perisa vanila
  • 200 gm minyak sapi - dicairkan dan disejukkan
  • pewarna hijau, pink, dan kuning (kakpb guna merah, biru dan kuning)
Cara Membuat:-
  1. Satukan bahan A dan bahan B kecuali pewarna ke dalam sebuah bekas.
  2. Gaul perlahan-lahan hingga menjadi satu doh yang lembut
  3. Rehatkan adunan selama 20 minit atau lebih
  4. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna secukupnya
  5. Susunkan doh-doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10 gm setiap satu.
 Cara Azlita - Ita bulatkan setiap doh tu 3 gm setiap satu kemudian ita satukan dan bulatkan mejadikan bentuk guli. Susun doh ke dalam dulang pembakar. Panaskan ketuhar. Bakar doh pada suhu 150 C selama 15 - 20 minit. Biarkan sejuk setelah masak. Kemudian salutkan dengan gula caster.

nota: masa mula2 buat kakpb timbang juga 3 gm, lama-lama.....hemmm....minta maaf ler nak menimbang, main agak2 je...



15 ulasan:

  1. salam kak zana
    wahhh dah ada kuih raya tue..tu la kan kak semua2 utk diorg..he hhe kita nie kna mgalah jew la kan:)

    BalasPadam
  2. Salam zana..Cantik biskut kristal ni Mama amik resepi ya..Rasa macam nak buat..Terima kasih..

    BalasPadam
  3. meling2 biskut ni..rasa nak buat tp ntah terbuat ke tidah..urmm.,,

    BalasPadam
  4. salam zana..acik tak pernah beli..tapi biasa beli setiap tahun..memang sedap biskut ni kan

    BalasPadam
  5. salam kak.... sedap ni biskut ni... tp sy xreti nk buat biskut...sll beli jer...

    BalasPadam
  6. Kakak buat biskut ini letak inti dengan mixed fruit cincang+badam tumbuk kaar zana. Anak-anak kakak suka..

    BalasPadam
  7. biskut sedap nih...tahun lepas biskut ni mmg laku la ngn an sdara ngn sepupu sepapat..tp tahun ni xtau la nk buat ke x..ngn sekecik ni lagi..ntah boleh ke x nk menggentel suji ni...

    BalasPadam
  8. biskut fav sy tiap2 taun ni kak,
    xterbuat2 lg, hehe
    sama lah, xkoser nak timbang2,
    main cubit2 stiap adunan gentel, sudah, hehe

    BalasPadam
  9. suami dah tanya kalau-kalau nak buat biskut suji utk raya ni (agaknya dia suka sangat la tu) tapi saya memang suka juga jenis suji yang cair di mulut ni. kalausempat hari ni boleh buat (mcm tau2 je saya tgh cari resepi suji. hehe). review baik ni, konpem sedap! thanks kak ;-*

    BalasPadam
  10. biskut raya yg cantik dan mahal ni kan he he bercahaya nanti raya

    BalasPadam
  11. banyak ke buat guli2 manja tu....hulur2 lah sebalang 2..ucu blm buat ape2 pun lagi biskut mekut ni...tengoklah kalau rajin ujung minggu ni kot...

    same le kita ...w/pun ucu satu kpg tapi dlm hati dah terbakar pun ...eerrgghhh geremmmm...itu dolu2 lah...masa mula2 kahwin dan budak2 ni kecik2 lg...
    tp skrang ni anak2 dah besar...kami lebih banyak balik kpg balik hari jer..tp kalau raye ada lah jugak tidur kt rmh kedua2 belah....kalau x tdur mau salah sorang dr kami dah rentung kebengangan....hahahaha...

    BalasPadam
  12. 1. terima kasih tentang info surah yusof..

    2.oh begitu cara buat biskut kristal..good idea..boleh share yee..

    BalasPadam
  13. cutenye warna warni...

    BalasPadam
  14. sental dengan hampas kelapa?hahaha

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)