my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Nasi Ayam Hainan

Semalam buntu nak masak apa. Err...maaf ye blogger kaum lelaki, blog ni kebanyakkannya cerita pasal makan, masak, shopping.....dan seumpamanya....agak memboringkan ye? Kalau cakap pasal politik, tak berani dan tak pandai. Baik cerita hal yang tidak menyentuh mana2 pihak, lagipun malas nak memeningkan kepala dengan perkara sebegitu.

Ini nasi ayam hainan kakpb buat semalam. Nak update malam, mata ni asal ngadap pc je...ngantok..
Dah lama kakpb simpan perencah nasi ayam hainan jenama Ikan Brand tu. Memang tak pernah mencuba sebelum ni. Ingatkan jenis serbok macam pati ayam knorr tu......buka je bungkusan...ohh..gini rupanya? haha...jakun sekejap!!
 
 
Nak updatenya tentang nasi ayam tu je......

Ada ubah sedikit tak ikut seperti yang tertera pada bungkusan. Disebabkan kakpb masak untuk 3 orang, haruslah resipinya untuk 3 orang saja..

1 1/2 gelas beras basmathi (takde beras siam, kena lebihkan air beras ni)
2 ulas bawang putih dan halia di hiris halus
rempah 4 sekawan
1 btg serai
sedikit serbok kunyit
2 sudu besar olive oil (kakpb tak guna mentega)
perencah nasi ayam hainan jenama Ikan Brand (separuh saja)
1 cwn sup dari rebusan ayam

Basuh beras. Masukkan serai dan air/sup rebusan ayam mengikut banyak  mana sukatan beras. Kakpb lebihkan sedikit airnya.
Sementara itu, panaskan kuali dengan olive oil. Tumis rempah 4 sekawan bersama bawang putih dan halia.
Bila naik bau, masukkan dalam periok nasi tadi.
Masukkan kunyit dan perencah nasi ayam.
Masukkan garam dan biarkan nasi masak (guna rice cooker)



Ayam tu kakpb tak buat seperti nasi ayam hainan. Perap ayam dengan halia dan bawang putih selama 1/2 jam. Kemudian rebus dalam air yang kakpb dah tumbukkan bawang. Letakkan rempah soto (kakpb biasa guna rempah soto yang dibuat oleh jiran kakak, sedap) dan kiub ayam.

Bila ayam empok, angkat dan toskan. Perap dengan sos tiram, kicap pekat dan madu. 
Goreng dengan minyak yang penuh dalam kuali. Goreng sekejap je. Sosnya pun buat sendiri.

 


nota kakpb: lebih sedap nasi begini drp campur marjerin :)

9 ulasan:

  1. Sedapnya PB...... teringinlah pulak nak makan nasi Ayam...Sebenarnya dlm kepala dah ada plan nak masak ni hari ni...tp teringat pulak lebih lauk asam pedas semalam...

    BalasPadam
  2. lamanya zila x masak nasi ayam kak..ada lagi ke tu lum sarapan ni....

    BalasPadam
  3. Kakcik suka makan nasi ayam yang ayamnya digoreng, bukan rebus. :)

    BalasPadam
  4. sy paling suka masak nasi ayam hainan sebab paling menyenangkan kerja.. tak yah susah2 goreng ayam, Kak Zana goreng ni memang kategori rajin teramat ni.. ialah, ada yg tak suka makan ayam rebus gitu2 jerkan..

    BalasPadam
  5. salam k.zana…lamanya kami tak layan nasi ayam homemade. btw wah bagus gak tukar mentega dgn olive oil… sihat gitu

    BalasPadam
  6. berliur sekejap tengok nasi ayam kak zana ni..pandai kak zana masak..ni salah satu kesukaan saya..;)

    BalasPadam
  7. Sedap ni Zana. Masak macam ini dah tak fikir nak lauk apa sayur apa dah sebab semua sudah lengkap macam tu..

    BalasPadam
  8. tengok masakan blog zana/blog masakan lain semuanya berselera, tapi.. tulah akk ni tinggal bedua malas nak masak.tapi selalu simpan resepi, mana tau tetiba teringin nak masak. terimakasih share resepinya ye zana..

    BalasPadam
  9. tetiba teringat nasi ayam yang chef hubby buat.. lepas ni tak tahu bila dia ada masa nak buat lagi.. ai pandai makan je.. hehehe.. ;)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)