my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Popia Inti Pisang dan Sos Vanila


Assalammualaikum......dah puas beraya? ke....ada yang masih sambung cuti?
Seronok kan dapat makan ramai-ramai dengan keluarga. Kakpb melayan dua tiga orang kawan cikgu fahmi. Itu pun dah letih...haha.....maklumlah...birthday mummy semalam. Patutnya rihat cuti masak. 
Tapi takpelah.....dah nama pun raya, haruslah memasak. Kesian pula cikgu fahmi, dahlah tak balik kampung.

Popia inti pisang tu kakpb buat sehari sebelum raya untuk makan petang.
Lepas tu raya semalam kakpb buat lagi sebab takde kuih raya lain. Itu je dapat hidangkan.
Senang je buat popia ni. Cuma kakpb tak letak pisang tu sebiji. Kakpb potongkan dan balut dengan kulit popia.
Basahkan tepung gandum dengan air sebagai gam dikulit popia.
Balut cantik-cantik, lepas tu goreng hingga kekuningan.
Sos vanila kakpb ambil resipi dari Hazila My Small Kitchen
Kakpb copy paste ke sini pula ye.....

 Untuk Vanilla Sauce
1 cawan susu segar
1/2 cawan gula
1 sudu teh vanilla extract
2 sudu makan butter
1/2 sudu makan tepung jagung
Sedikit garam

Cara cara
1. Letakkan sebiji pisang di atas kulit popia, gulung dan goreng hingga kekuningan. Toskan.
2. Masukkan semua bahan untuk vanilla sauce ke dalam periuk. Dengan menggunakan api sederhana, kacau perlahan lahan hingga mencapai kepekatan yang dikehendaki.
3. Hidangkan popia pisang bersama sama dengan vanilla sauce.

Terima kasih atas ucapan happy birthday semalam. Cerita hadiah dsb tak perlulah kakpb kongsi, cukup hanya di IG saja.
Terima kasih kepada cikgu fahmi atas surprise semalam. Patut la lama sangat keluar beli burger, rupanya mencari sesuatu untuk si isteri.

10 ulasan:

  1. kalau rajin, semua boleh jadi. :)

    Kakcik dah masuk pejabat ni...

    BalasPadam
  2. menarik popia pisang cecah sos vanilla.. tapi kita orang Johor tetaplah mencari sambal kicap, keh keh keh..

    BalasPadam
  3. wah tak pernah lagi rasa popia macam nie..

    BalasPadam
  4. Pandi zana nak menggayakan resepi. Kakak tak pernah buat.

    BalasPadam
  5. byk kegunaan popia nih ... rangup + lembut ...

    BalasPadam
  6. Wah.. ini sesuatu yg baru bagi saya ni.. Thanks sharing :)

    BalasPadam
  7. nampak sedap..salam aidil adha kak pb..

    BalasPadam
  8. salam, slmt pg khamis kakpb...dan selamat hr ulang tahun kelahiran ..dah lepas ye maaflah ye kak pcl baru tau je ni. popia pisang tak pernah makan lg..kena cuba tu tp guna pisang apa yg terbaik ?

    BalasPadam
  9. Wah sesuatu yg baru.. kena cuba resepi ni.. tapi nak ganti cicah sos cokelat perahan limau sunkis..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)