Assalammualaikum dan salam sejahtera.....
Rindunya kakpb pada teman-teman blogger kerana tak sempat nak menyapa kamu semua setiap hari. Kakpb pun takde entry masak memasak, mungkin agak boring sikit bila masuk sini kan?Kisah percutian sehari kami di Resort Kasih Sayang ni pada petang jumaat (anak bujang ponteng sekolah agama) dan ayahnya pun kebetulan sekolah pagi. Dari cuti sekolah yang lepas kami nak bermalam di sini tapi asyik tergendala je. Baru kali ni tertunai.
Tempatnya jauh sedikit dari bandar KK, di kawasan Menggatal. Dari atas resort ini boleh lihat bandar KK dan pemandangan yang indah untuk tenangkan fikiran. Insyaallah, fikiran yang berserabut menjadi tenang disamping kita bermohon padaNYA, mudah-mudahan kakpb dapat atasi segala rintangan dan dugaan.
Untuk bercerita lebih lanjut, biarlah gambar ini mentafsirkannya.......anak-anak....tidak kisahlah anak sendiri, anak angkat, anak saudara, anak yatim.....mereka tidak memahami masalah orang dewasa atau ibubapa mereka. Hanya yang mereka tahu, menangis dan tertawa. Menangis.....bila sedih, terluka.......tertawa pula bila di usik dan ada yang menggelikan hati. Kakpb rasa macam nak jadi kanak-kanak semula. Tiada beban dalam kepala.
Selepas check in, kami makan tengahari merangkap sekali dengan malam. Walau makanan masuk ke perut, fikiran melayang jauh entah kemana. Teringat keluargalah.....zaman berkerja dululah.....zaman remaja dengan kawan-kawan yang takkan pernah luput indahnya kenangan bersama mereka. Oppss.....kesana pula perginya.
Nasi goreng kampung yang diminta, dihidangkan bersama 2 ketul kepak ayam dan sebiji telor mata kerbau. Kakpb pula taktau nak makan apa, ambil saja mee goreng basah (kalau kat tempat kita sana mee ladna) dengan air mango dan vanilla float untuk anak. Ayah pula makan pasta bersama chicken chop (agaknya, ayah dan anak kata sedap hidangan ni). Harga macam biasalah, mana ada belas-belas ringgit.
Ni pula bilik penginapan kami disebelah atas. Bilik kami menghadap ke matahari terbenam. Waktu ni dah petang, seakan nak hujan tapi sampai ke esoknya, tak hujan juga. Tidur malam tak perlu kipas. Cuma tak selesanya banyak serangga seperti rama-rama pun tumpang tidur sama :) Mungkin sebab pintu bilik kami dedahkan dan lampu pula terpasang hingga ke pagi.
Lupa nak cerita pasal booking bilik, kami tersilap rupanya. Harga murah weekday RM129, cikgu fahmi silap tengok. Dia ingatkan hari yang kami menginap tu harganya sama, rupanya RM198 :)) tak apalah, dah rezeki resort ni nak sengam duit awak, cikgu!
Ok sampai sini dulu ye. Nanti petang atau esok kakpb sambung lagi kisah cuti ni. Ada gambar lain yang kakpb belum upload. Ini pun pilih-pilih mana yang sesuai untuk di kongsikan.
YA ALLAH....lindungi keluarga ku dari segala godaan syaitan. Eratkan kasih sayang kami sekeluarga hingga ke akhir hayat. Ampunkan dosa kami, mudah-mudahan hidup kami diberkati. Syukur dengan apa yang telah Kau beri pada ku, suami dan anak yang baik.......harta ku di sana nanti. Amin.
Sukanya kakcik tengok suasana berkabus tu. Terasa kedinginannya. :)
BalasPadamSalam, Kak pB...
BalasPadamada sesuatu ingin ku katakan bila membaca coretanmu.. banyakkan bersabar, ya kak pb..
Cantiknya tempat tu..
salam syg kak zana,
BalasPadamcantik2 pic akk tue..happy family..percutian yg indah bersama keluarga...nampak tenang jew..seronak bila teringat kembali zaman 2 remaja kan..:)
Itu semua asam garam kehidupan Zana, kalau hidup ini tenang tanpa sebarang masalah, seperti zaman kanak-kanak kita, agak sukarlah untuk berada dalam tahap kematangan, dan sebenarnya tak seronok juga kalau menghadapi cara hidup yang stereotype, tak ada cabaran dalam plot kehidupan... he he heh
BalasPadamasam garam kak....huhuhu...
BalasPadamgambar last cantik sgt viewnya kak...
cantik gila pemandangan.. mesti best kat sana kan??
BalasPadamTinggal di sana memang banyak tempat yg menyamankan. Moga dapat melegakan sedikit keserabutan yg melanda zana..
BalasPadamWaalaikumsalam wbt.....seronok cuti2 ngan family!Mengeratkn lg kasih syg....sama ngan nama resort tu...hehehe...
BalasPadamcantik n nyaman nyer viewww
BalasPadamCantiknya resort ni.. Seronok tgk.. Terima kasih kak zana sebab singgah blog saya
BalasPadammacam bes jer zana tmpt tu. Tringin nak kesana. Yelah zana..kekadang kehendak anak tak sampai hati klu tak tunaikan. Klu jd apape takut menyesal..
BalasPadamCantik resort ni kak... tentu seronok bercuti brsama famili ;)
BalasPadamsekilas tengok tadi saya ingat akak mai CH... ^_^
BalasPadam