my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ke Kota Belud tamu

Tadi pagi, awal pagi kami ke Kota Belud. Entah angin apa cikgu fahmi nak kesini. Kakpb ni agak 'trauma' sikit dengar nama Kota Belud. Kenapa? Hanya orang tertentu saja yang faham maksud kakpb ni.

Takde yang menariknya tamu Kota Belud bagi kakpb. Kerosang tudung pun tiada yang cantik, lebih baik cari di Gaya Street atau Kampong Air. Cikgu fahmi kata nak beli parang. Dalam hati kakpb, macam nak berkebun je......nak kata tebang pokok pisang....pokoknya sebatang dua je. Rumput pun tak sampai paras betis. Ahh...lantak dia la....

Kakpb beli barangan kraf tu, dulang bulat dan bujur. Lain-lain hati tak berkenan. Mood menyoping tak berapa nak sangat. Gambar pun ambil mana yang pelik bagi kakpb. Berbungkus hijau tu, katanya tapai beras. Sebelahnya, yang coklat tu......rasanya tembakau sebab ada nampak rokok daun. Paling lama kakpb leka tengok hamster tu nyonyot air dari botol. Anak bujang beli jersey Italy sehelai. Sebenarnya kalau di Kelantan lagi banyak pilihan, ni dah tak sabar punya pasal.

Sebenarnya, shopping moping ni terapi minda kakpb yang akhir-akhir ni sering di duga olehNya. Ikutkan hati memang nak memerap je dalam rumah. Taknak jumpa sesiapa sekali pun keluarga sendiri. Rasa kecewa, kecil hati, rendah diri teramat sangat, marah dan segalanya bercampur baur. Tadi kakpb baca blog  ABIL, kakpb copy sikit ye....suka pula dengan nasihat Abil ni...

Kat sini I nak beritau n nak sedarkan pada pencurang2 ni..U all sedar tak, u all dah dapat 80% tapi u all nak kan 20% tadi dengan membuangkan 80%. Faham tak apa yg i taipkan ni.. ( ulang ayat tadi )..80% tu kurangnya 20% jea tapi 20% tu kurangnya 80%!! Jadi kenapa buat cm tu..kalau u pilih kedua2nya sekali ( kawin 2 la ) nescaya yg 20% tu akan terabai lama kelamaan dan u akan berbalik2 semula ke 80% u...Malu tak rasanya nanti bila u all dah terlambat sedar...? Ni cita pasal curang yea bukan kawin 2 ke 3, kawin lebih tiada larangan tapi ada syarat2nyaaa....So curang tadi, bodoh tak kita ni. Nampak sangat si pencurang ni mementingkan diri sendiri, jangan kata la diri tu baik..



 Hidup ini bukan perlukan makan minum, beranak pinak sahaja. Janganlah seperti hamster tu......lepas makan terbongkang tidur, jadi tontonan orang luar. Kena fikir masa depan anak, isteri dan semua keluarga kedua belah pihak. Fikirlah semasak-masaknya sebelum membuat keputusan yang akan menyinggung perasaan orang yang kita kasihi.

10 ulasan:

  1. nak tambah sikit lagi...JANGAN JADI MACAM HAMSTER. BILA DAH BERANAK, SEBUK PULAK MAKAN ANAK SENDIRI...eh? ada kaitan ke dengan entry? huhuh...saje je...moga2 fikiran tenang, menjelang bulan ramadhan ni banyak2kan bersabar, berdoa ye kak.

    BalasPadam
  2. Tertanya2 juga apalah dugaan yg melanda kakpb ni.Apapun saya doakan semoga kakpb tenang dan sabar.Semoga Ramadhan yg bakal menjelma tak lama lg ni membawa keceriaan pada kakpb.

    BalasPadam
  3. Kekuatan diri zana ada kakak lihat walau ujian itu ada. Baguslah zana. apa pun juga hidup kena lalui. Selalu panjat doa padanya (bangun tengahmalam) moga terus diberi kekuatan dan segera hilang kekusutan itu.

    Dia bungkus tapai pakai daun apa tu zana eh?

    BalasPadam
  4. Kak pB ,


    pB doa agar kak pB kuat semangat sokmo.
    Jangae dok sedih - sedih sangat.

    Ramai hok sayae pado kak pB ...

    BalasPadam
  5. Terasa beratnya bebanan yg akak pikul skg ni. Semoga Allah permudahkan urusan akak ye? Semoga yg indah2 itu akan dtg selepas ribut petir yg kini sedang melanda.

    =(

    BalasPadam
  6. tak pernah sampai sabah lagi bestnya :D

    BalasPadam
  7. @inazamri
    Insyaallah Ina, terima kasih kerana memberi semangat.

    BalasPadam
  8. @Kakzakie
    Tak sekuat mana tanpa sokongan dr mereka yg disayangi kakzakie.
    Bungkus tapai tu, daun ketapang kot.....zana lupa nak tnya.

    BalasPadam
  9. As'kum Kak Zana cayang wah bestnya.. sha kalau bab2 nampak barang2 tu aje memang ler suka benor.. kalau sha ada mesti beli punyalah dengan alasan untuk tatapan masa lampau nanti hehehhee

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)