my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

dari KK ke Telupid, Ranau, Kundasang....

Kononnya 7 pagi nak bertolak ke Lahad Datu tapi hampeh.......pukul 8 lebih baru bergerak. Biasa la kalau baju dan barang2 tak di siapkan dari malam, inilah jadinya........bagaimanapun kami tidak la lewat sangat. Tiada bekalan makanan seperti dulu masa nak balik kampung. Baju pun hanya dua tiga pasang.

Melepasi Tamparuli, sudah kelihatan puncak gunung kinabalu yang sangat2 ingin kami tatap dari dekat. Kamera ku tidak lepas dari tangan. Hinggakan suami menegur, sudah2 la ambil gambar tu tapi aku memang suka ambil gambar. Mungkin tidak menarik pada orang lain apa yang aku snap, aku peduli apa......yg penting aku nak simpan sebagai kenangan.

Cuaca elok sepanjang perjalanan kami ke sana. Panas terik sehingga jelas kelihatan batu2 gunung. Jalan pula bengkang bengkok sampaikan suami sakit bahu. Tapi tak dapat nak tolong drive sebab aku tak boleh memandu di kawasan yang aku tak biasa lalu.

Tu diaaa........gunung kinabalu hampir jelas kelihatan. Bila la agaknya kami dapat mendaki gunung? Aii..boleh ke? Mungkin boleh mungkin tidak.........tengok la nanti......stamina kena kuat, semangat mesti kental......



Ini saje yang dapat aku share gambar2 sepanjang perjalanan kami melalui Kundasang. Mungkin lain kali kalau kami pergi lebih lama, pasti akan ada gambar2 yg menarik.


Singgah di pekan Nabalu, beli baby lemon, emm.....manis dan masih segar lagi.




Ada juga beli keropok ubi untuk bahan kunyah kami dlm perjalanan.




Singgah di pekan Ranau, perut terasa lapar dan dahaga. Banyak restoran melayu di sini tapi kami batalkan utk makan tengahari sebab penuh sangat pelanggan dan tiada layanan pula. Bukan merajuk cuma tak berselera nak makan. Bukan juga kotor tapi mungkin tak biasa.
Lucunya masa mencari kedai makan, ketika suami melalui satu round aboard, tiada tanda di situ spt batu2 atau pasu bunga, hanya cat putih. Di situlah semua kereta mengelilingi tempat tu........

Ada juga kemalangan kecil yg tidak melibatkan nyawa. Mungkin sebab jalan yg tidak rata atau mengantuk.
bersambung.........






3 ulasan:

  1. Salam ha ni mesti org smnajung kerja d sabah kan (bukan org Malaysia kerja d sabah ye)..hehee..saya org sabah tapi kerja di smnjung ...terbalik pulak huhuhu..

    huhu lucu pulak saya baca artikel ni pasal round aboard putih tu..heheheh..saya memang asal ranau.. raya thn lepas saya balik pun rasa pelik bende putih tu...tu la round aboard di dunia yang pelik hehehhehe hanya terdapat di Ranau sahaja..

    BalasPadam
  2. hahahaha yup kat ranau je yg ada roudabout tu....kakzana,...rugi kalau x naik gunung kinabalu tu....

    bila baca citer2 kak zana ni....rindu lak nak balik kesana...

    BalasPadam
  3. Andiza dan harih....
    korang kena balik sini jugak kalau tak hidup tak aman sb akak akan sentiasa update dunia akak di sabah ni.....
    nak tau? akak n husband gelak sakan psl round aboard tu...sampai balik kk tak abis2 citer psl tu!!

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)