my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Dim Sum Hotel Hyatt

Tiada aktiviti menarik hari minggu ni, maklumlah orang baru merantau katakan..........so makcik suami ku mempelawa kami makan pagi (takde la pagi nak ikutkan, dah dekat tengahari dah...) di Hotel Hyatt. Tujuannya nak suruh kami rasa chinese food, dim sum........sebenarnya anak perempuan dia yang suka sangat dengan makanan ni. Kami memang tak pernah teringin pun nak rasa ketika di semenanjung.

9 pagi semua bersiap. Disana, mula tu aku cuma ambil popia goreng je.......tak teringin lagi nak rasa dim sum tu........makcik kata, kena rasa jugak......mula tu rasa satu, lepas tu satu lagi.....emm..sedap pulak!! Baru la ku tau macamana rasa dim sum ni. Rasa seperti fishball pun ada, cuma dia lebih sedap dari itu. Nampaknya boleh masuk dengan tekak ku dan suami. Lepas ni aku nak cuba pula 'ambuyat'. Tapi kakak ku kata, dia tak lalu nak makan. Bagaimanapun aku nak rasa juga nanti. Tapi.......kat mana ye?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)