my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Karambunai nan indah..

Khamis, waktu pagi............

2008 telah berlalu pergi, kini 2009 pula menjelma. Malam tadi telinga ni terdengar letupan mercun sekitar bandar. Mungkin ramai yang keluar menghabiskan waktu bersama teman, keluarga atau kekasih hati. Tapi kami sekeluarga sudah pun tidur lena. Hanya aku yang lewat sedikit kerana melayari internet. Selama ini pun aku tak pernah keluar malam tahun baru jadi tak pernah pula aku melihat bagaimana meriahnya suasana percikan bunga api. Hanya membaca dari surat khabar dan melihat berita di tv.

Apakah masih ada lagi muda mudi yang meraikan tahun baru dengan gejala minum arak, melepak sana sini, buang sampah merata-rata, bermalam di hotel dengan bukan muhrim? Alangkah bagusnya jika malam sambutan tahun baru di raikan dengan bacaan doa selamat atau sembahyang hajat di mana2 masjid. Mungkin di setengah tempat ada aktiviti seperti ini. Dan aku pasti ramai yang mendoakan negara kita dan umat Islam di dunia hidup aman tanpa peperangan yang menyiksakan.

Kami tiada tujuan kemana hari tu....cadang nak tidur rumah kawan suami yang belum disewakan pada orang lain. Kosong, boleh la kami sekeluarga menumpang, sekadar mengisi kebosanan yang melanda. Kadang kala rasa malu juga hanya makan tidur di rumah makcik ni. Walaupun aku masak tengahari, buat sarapan pagi, basuh baju.....tapi tak sama dengan rumah sendiri. Jawapan sekolah mana yang suami ku akan pergi, masih belum di ketahui lagi. Aduh.....orang lain yang nak mengajar, aku pula yang tension. Ye la......rumah sewa satu hal nak cari......anak nak daftar sekolah pun tak tau lagi di mana....aku rasa selama perkahwinan kami, inilah dugaan paling mencabar yang kami hadapi.

Berbalik pada hari tahun baru tadi, dalam perjalanan ke rumah kawan tu, mata kami terpandang signboard ke Karambunai. Kami berdua tertanya2, ada apa ye di sana? Dengarnya seperti tempat yang popular. Suami berhubung dengan temannya dan kata dia, itu tempat perlancongan dan bertaraf five star. Ah!! kami peduli apa........redah je....bukan nak bermalam di sana, sekadar nak melihat suasana indah, seperti yang kami baca di majalah.

Memang indah Karambunai........ada padang golf....rumah2 banglo semi-D di tepi pantai (baru dibina). Pantai yang bersih, air laut biru kehijauan.......hanya kamera ku yang merakam segala keindahan ciptaanNya. Kami tak jejak kaki di gigi air pun........insyaAllah, satu hari nanti kami pasti datang juga. Tidak sekarang, mungkin tahun depan atau bila2 ada bajet lebih.

Err....gambar tak dapat upload sekarang, mungkin nanti............

1 ulasan:

  1. salam....
    fibie duk sabah eh. kat mana.....
    Saya rindu betul ngan sabah.
    Dulu saya pun keje kat sana...14 tahun lebih saya tinggal d KK.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)