
Nah!! hari ni seawal pukul 11 pagi aku dah terpacak kat One Borneo. Sebenarnya aku tak tau program astro ni (budak2 af menyanyi la...) pukul berapa, main redah je.........rupanya pukul 1 tgh baru mula. Tapi orang dah ramai gila, kat kerusi yang dikhaskan untuk para peserta dah penuh, ada lagi yg berbaris dan ada yg sedang menulis borang. huhu.......berminat betul dia orang ni.............



Taraaaaa............akhirnya.....dapat juga aku bergambar dengan 'mamat hensem' ni!! punyalah jauh aku dapat jumpa dia drp kat semenanjung hingga kesini baru ada 'jodoh'.
Kisahnya, selepas aje aku beli big apple tu, suami terus pergi jumpa dengan krew astro di tepi stage tu. Kami minta tolong dia berikan big apple tu pd Riz tapi krew tu yg baik hati nak panggil Riz keluar kejap. Aku tengok muka Riz macam terkejut sikit, mungkin dia fikir ada saudara mara nak jumpa kot....sebenarnya aku pun serba salah nak jumpa ke tak.....malu pun ada....ye la, ramai orang tengok.
Bila Riz keluar, dia terus salam dan aku jelaskan siapa aku ni. Kenalah bagitau, kalau tak mana mungkin dia ingat sebab tak pernah jumpa. Aku serahkan big apple tu dan kami bergambar sekeping dua. Tak boleh lama2 nanti org lain jeles pulak.........

Lepas je jumpa Riz tu, kami terus balik. Tak tunggu dah, mungkin Riz ada nyanyi solo, takpe.....dah seronok sangat ni dapat jumpa.....
Sebenarnya malam tadi aku ada mimpi Riz, aku siap bagi no telipon kat dia.....huhu....rupanya nak jumpa hari ni.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)