Ingatkan nak beli jambu susu di sini sebab lama betul tak makan jambu ni. Seingat aku masa kecil dulu mak sedara ada tanam depan rumah dia. Masa tulah aku selalu kutip mana yg gugur. Sekarang susah nak jumpa. Tapi suami tak jadi beli, kata dia masam. Memang la masam sikit tapi sedap bagi aku.........
Dalam pukul 12 tengahari kami sampai di Kundasang. Masa pergi hari tu tak singgah, sebab kami ingatkan macam Cameron Highland, sepanjang jalan ada jual sayur. Rupanya tak banyak gerai2 ni.
Kami beli sayur yg perlu aje seperti timun madu (tak pernah rasa sebelum ni), kacang buncis, cili merah, cendawan butang, kobis bulat dan kobis bunga. Nak beli banyak takut takde sape nak makan, kami berdua je.
Ada juga orang jual bunga, kektus, pokok pine dll tapi tak banyak pilihan. Berkenan nak beli pokok pine dlm pasu, masaalahnya rumah kami ni jenis kondo, tak sesuai rasanya. InsyaAllah kalau dapat menyewa rumah yang ada tanah, aku bercadang nak beli juga.
Ada beberapa jenis madu yg di jual disini dengan harga murah berbanding di semenanjung. Tapi tak tau pulak keasliannya. Biasanya aku beli di semenanjung kalau botol kecil dalam RM25. Disini, botol besar RM15, botol kecil RM9. Kami beli yg besar 2 botol dan kecil sebotol. Ada 3 warna, hitam, coklat dan kuning muda. Madu hitam tu rasanya seperti kita makan gula hangus tapi sedap............belikan makcik sebotol, buah tangan untuk dia.

Waktu pergi tempohari, aku ada minta suami berhenti disini untuk berfoto tapi suami kata balik nanti kita singgah. Masa tu gunung kinabalu jelas kelihatan dan aku nak bergambar berlatar belakangkan gunung sebagai bukti yg aku pernah kesana. Tapi hampa........cuaca berkabus, langsung tak nampak apa pun.......bagaimanapun kami snap juga sekeping dua gambar. Rasa macam masih pagi lagi, padahal dah tengahari......
1.30 tengahari kami sampai di Tamparuli, singgah sembahyang di petronas. Kali ni terasa cepat sampai berbanding pergi. Mungkin kereta tak banyak. Kalau la jalan rata, tidak bengkang bengkok, pasti lagi cepat kami sampai di KK. InsyaAllah, cuti sekolah panjang nanti kami bercadang nak pergi lagi. Atau mungkin ke pulau?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)