my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Gastrik...

Dua hari ni menyiksakan betul...........sakit perut memulas2, asyik keluar masuk 'bilik termenung' je.......nak kata salah makan, tak jugak rasanya. Mungkin sebab aku minum lactose Elken untuk lancarkan pembuangan toksid dlm badan. Bahana nak kuruskan badan la ni.......

Tadi masa makan malam, aku dengar Aziz bisik kat ayah dia, "ayah nak tau pasal apa ibu sakit? sebab ibu asyik buat kerja je, asyik kat dapur je........lepas tu tak nampak pun ibu makan tengahari......tu la.....keje sampai tak ingat nak makan...". Ayahnya pulak menambah, "ibu gastrik la tu, penyakit lama dah datang..."

Aku rasa memang betul apa yang dia orang cakap. Tengahari aku jarang makan sebab tak rasa lapar. Lepas tu aku minum pulak lactose tu dengan perut yg kosong. Dah cara minumnya macam tu, 4 jam sebelum atau selepas makan, aku ikut je. Atau perut ku alahan dengan lactose tu agaknya. Adui.....sampaikan tak larat nak masak tengahari semalam. Bila berdiri lama je, sakit......terpaksa la baring dari siang hingga malam......naik bosan pulak.

Esok, kalau tak baik lagi.........kena pergi klinik ni...tak sanggup nak menanggung sepanjang masa.

1 ulasan:

  1. salam malam kak..
    dah baik ke..
    moga akak cepat sembuh..
    jgn leraikan apa yg dah terjalin..
    moga ikatan pshbtn ini kekal selamanya..

    blog aza mmg agak berat kak...mn delete bbrpa wdget dl..mmg lambat betul nak loading...sb tu aza dah tak skerap dl update..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)