my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Gulai Ayam Nenas


Gulai ayam nenas ni adalah stok ayam terakhir yang ada dalam peti sejuk kakpb. Dua hari ni kena kosongkan peti ais (macam nak balik lama?). Ikan kerapu ada sekor lagi. Hari rabu nanti mungkin tak berasap dah dapur kakpb tu. Mood nak balik beraya, nak masak kat kampung cikgu fahmi pulak. Tahun ni giliran dia, sukalah tuuuu....;;)

Sambil update blog ni (sekarang 4.45 am) sambil tengok acara penutupan sukan Olympic. Ada One Direction nyanyi live...:D kakpb suka juga kumpulan ni, lagu tu je la yang selalu dengar....

Oklah, terus pada resipi ayam ni. Kakpb ikut resipi dalam buku tapi takde nenas sebenarnya. Kakpb yang mandai-mandai letak nenas sebab nak habiskan stok nenas yang dah dikopek tu. Resipi asal ada daun kunyit.

GULAI AYAM NENAS
@blogsurirumah
sumber: buku kompilasi masakan ayam

Bahan-bahan: 1 ekor ayam - dipotong 12
1 kg santan pekat
60 ml minyak masak

Bahan kisar:
100 gm cili padi
50 gm serai
50 gm bawang merah
30 gm halia
30 gm bawang putih

30 gm daun kunyit - kakpb ganti dgn nenas
10 gm serbuk kunyit - kakpb guna kunyit hidup, blend sekali dgn bahan kisar
garam
sedikit serbuk pati ayam

Cara membuatnya:
Goreng bahan kisar hingga wangi.
Masukkan daun kunyit, serbuk kunyit dan santan.
Masukkan ayam, masak hingga empuk.
Bubuh garam dan pati ayam secukup rasa. Kacau sebati.

Kepada teman-teman yang berkunjung ke blog ni, kakpb hargai sangat. Maaf kalau kakpb tak sempat nak membalasnya di sini atau di blog kamu semua. Sebab line tenet amatlah X( menyakitkan hati. Kekadang tu pergi blog kawan-kawan nak tengok resipi biskut ke......punyalah lama menunggu nak keluar gambar tu....hemm...sudahnya kakpb tak komen apa-apa pun. Nanti line dah ok, kakpb bw ye.:-*

8 ulasan:

  1. pergh.. nampak sangat menyelerakan tu

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya Zana... elok2 balik kampung ye. Jumpa lagi lepas raya...

    BalasPadam
  3. tak eprnah tengok lauk ni .. selalu ketam/udang.ikan masi letak nenas

    baik-baik balik cuti raya ni ya.. hati-hati memandu.

    BalasPadam
  4. tak prnh tgk ayam nga nenas...kalau ikan kering nga nenas selalu lh....

    BalasPadam
  5. Kak..
    Selamat Hari Raya Maaf Zahir batin..
    dah seminggu saya tak bersiaran.. punya la siksanya kak.. nak masak pun terpaksa gali resepi dari buku2 je...:D.. kalau tak selama ni dpt free2 je dr blog2 kengkawan..

    BalasPadam
  6. selamat hari raya kaaaakkkk
    Akak balik KB ye...
    mana tau jumpa kat R&R ke i nanti :)

    Psstttt...gulai ayam letak nenas tu mengancam betul lah :)

    BalasPadam
  7. pergh.. nampak sangat menyelerakan tak pernah buat lagi..

    BalasPadam
  8. selamat menyambut syawal kak ;) peti ais saya masih full sbb tak balik raya... hwaaa T_T

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)