my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Doa Ketika Berputus Asa


Assalammualaikum, pagi Jumaat yang mulia semoga kita semua dalam lindunganNya.

Kita semua pernah alami saat-saat berputus asa (kadang kala) begitu juga kakpb. Apa yang kita hajati, ingini tidak terlaksana walau dah berusaha beratus kali. Jadikanlah Nabi Syu'aib sebagai panduan, nabi yang sering menangis memikirkan nasib kaumnya yang derhaka itu.

Siang malam beliau berdakwah untuk mengajak kaumnya menyembah Allah, mengajak meninggalkan kebiasaan buruk mereka. Tetapi ajakan beliau yang baik itu tidak di sambutnya, malah beliau di usir dan dilempar batu.

Akhirnya Nabi Syu'aib berdoa dengan doa di atas dan di makbulkan. Datanglah azab Allah, mendung yang disangka akan hujan, ternyata api yang membinasakan mereka.

"Robbanaf tah bainanaa wa baina qouminaa bil haqqiwa anta khoirul faatihina"

Artinya, "Wahai Tuhan kami, berilah keputusan antara kami dan kaum kami dengan haq (adil) dan Engkaulah pemberi keputusan yang sebaik-baiknya" (Surah Al-A'rof - ayat 89)

11 ulasan:

  1. Salam kak zana..selamat pagi..:))
    betul..yg penting dalam hidup jangan putus asa..kita mesti berusaha..kalau da berusaha dan gagal juga bukan salah kita da sekurangnya kita da berusaha kan kak

    BalasPadam
  2. Golongan yg beriman tidak akan mudah berputus asa zana. Baginda rasulullah pun tak jemu berdakwah walau dihalang kaum quraisy - dicerca tapi tak pernah putus asa.

    BalasPadam
  3. Salam,
    Bagi saya, tiada istilah berputus asa...teruskan usaha, berdoa dan bertawakal. Nabi Syuib bukan berputus asa tapi terus berusaha...berdoa memohon petunjuk dari Allah.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikumm kak pb.. tq atas perkongsian.. tun selalu jugak rasa mcm nak give up.. mmg jenis kurang penyabar, kalau xdpt apa yg diusahakan tu mula la terasa mcm nk give up je.. tp insyaAllah akn terus cuba utk bermuhasabah dan terus berusaha.

    BalasPadam
  5. Kadang-kadang terasa kerdil sgt bila sesuatu yang dah lama kita hajati tak kesampaian...mungkin belum masa kan..yang pening jangan putus asa..keep praying...

    BalasPadam
  6. nice sharing.. semoga saya pun tidak berputus asa untuk teruskan hidup..

    BalasPadam
  7. Aslmkum k.Zana
    tkasih berkongsi...
    putus asa adalah titik noktah.
    ...teruskan berusaha dan berdoa..InsyaAllah ada sinar dihujungnya. peringatan utk diri sy juga.
    re; jubah itu...kalau nak order, dptkan ukuran bahu lagi senang. kalau labuh boleh potong.

    BalasPadam
  8. assalamualaikum,

    salam ukhuwah dari bunda...terima kasih berkongsi..

    BalasPadam
  9. salam kak zana
    perkongsian yg baik..doa sememangnya senjata org mukmin,,

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)