my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Vehicle 19, Olympus has Fallen dan Fast & Furious 6

Kakpb dah tengok kat panggung cerita ni semua. Kekadang bila takde apa aktiviti, inilah kerja kami, menonton setiap kali ada cerita baru. Mana yang anak bujang tak boleh tengok, kena tunggu dia pergi rumah opah dia, baru kami pergi menonton.

Vehicle 19 ni P13, tengok sama-sama dengan anak. Cerita agak slow, naik mengantok kakpb. Biasalah kalau cerita P13 dah boleh agak dah. Kakpb copy paste sinopsis dia sikit ni.

Seorang banduan Michael Woods (Paul Walker) memecah parol, melarikan diri ke Johannesburg untuk bertemu dengan teman wanita beliau, diberikan kunci kereta yang salah di lapangan terbang, mendapati pistol di bawah tempat duduk. Terkejut kerana ada seorang gadis diculik terikat di dalam but. Michael mendapati dirinya terperangkap dalam konspirasi politik Afrika Selatan. Sebelum kematian gadis itu, Michael telah diminta supaya menyampaikan message oleh gadis kepada hakim yang mengendalikan kes itu.

Olympus has Fallen pula lepas seminggu keluar rasanya kakpb tengok. Memang best yang amat sangat cerita ni. Terbuntang mata tengok hero sorang lawan dengan berpuluh tentera, macam tak logik pun ada. Dah namanya cerita, mestilah hero yang menang. Kisah Mike Banning yang bertugas sebagai pengawal peribadi Presiden Amerika. Seorang yang cekap dan amanah menggunakan kemahirannya membunuh satu persatu pemberontak Korea (kalau tak silap la ye, kakpb pun banyak tengok wayang, boleh lupa) Cerita ni kena tengok dengan wajah serious sikit....hehe..

Terbaru ni kakpb tengok Fast n Furious 6. Terus terang kakpb tak minat cerita2 race macam ni. Pening kepala bunyi enjin kereta...weng sana...weng sini....Cuma yang seronoknya agak lawak sikit si negro sengal tu, teman pada Hobbs dan Brian. Kisah mencari balik kekasihnya yang dianggap telah mati, tetapi tidak. Letty hanya hilang ingatan kerana letupan kereta pada episod yang lalu. Orang bujang sesuai la tengok kisah ni. Kakpb hampir tersenggok juga sebab mata mengantok telan ubat sebelum pergi panggung.

Ok, jumpa lagi. Nanti kakpb jalan blog korang ye. Esok ada hal sikit, anak bujang kakpb nak bercamping atas kapal katanya selama 3 hari. Susah hati juga ni.....

5 ulasan:

  1. Salam kak pb.. tun jenis yg xleh masuk panggung. bila dgr bunyi kuat2 sure kuar migrain. huhu... kalau terasa nk tgk muvie tungg kuar dvd dulu la.

    BalasPadam
  2. Hero film Fast & Furious tu sampai datang Malaysia buat promosi.

    Masa siri yag awal dulu, best la tengok, tapi kalu dah sampai 4 siri film tu kurang dah rasa nak tengok.

    BalasPadam
  3. Amboi kak...cemburunya sy. Sy ni, nak tgk wayang...berkira2. Takut Aydin ngamuk2 dlm panggung tu. Adehh...tp monster university tu, menggamit perasaan betul lah kak. Nak sgt tgk. Ujung bln 6 t...

    =)

    BalasPadam
  4. assalam k pb
    lama x menonton he hee anak2 ada jg ajak tp mama blm free

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)