Malam tadi fuhh... bunyi angin bertiup menyeramkan. Dalam pukul 12 lebih gitu, kakpb bangun buka pintu. Risau bila rumah dekat dengan laut walaupun bertelok, tak mustahil boleh berlaku bencana alam. Sekarang ni segalanya mungkin. Jadi, walau dimana kita berada samada dirumah, tempat kerja atau tempat tidur, amalkan doa2 yang sepatutnya kita baca. Selepas itu apa terjadi, kita terima dengan redha.
Pagi minggu ni
Beli 3 helai untuk adik cikgu fahmi dan bapa dia. Aaron Aziz tu anak bujang kakpb punya. Baju raya dah ada sebenarnya, saja ayah dia beli lebih untuk raya haji agaknya. Peach tu jenama Jackel, ada sampin sekali. Harga memang berbaloi. Alah...bukan pakai hari2 pun. Paling banyak guna hari jumaat masa pergi solat.
Oklah...terus pada resipi sambal goreng tu. Kakpb terlior tengok kat dapur Seharum Kasturi cuma kakpb kurang faham sikit cara membuatnya. Jadi kakpb buat ikut kepakaran sendiri dan harap adik Vee Zawiah tak kecil hati ye?
SAMBAL GORENG
@blogsurirumah
1 genggam cili kering, basuh dan buang bijinya (kakpb rendam air panas)
3-4 ulas bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
minyak untuk menggoreng
garam dan gula (kakpb tambah sendiri)
Caranya:
Tumbuk semua bahan di atas dengan lesung batu ye adik-adik! Bukan mesin.
Panaskan minyak dalam kuali.
Masukkan bahan tumbuk tadi dan goreng hingga garing, bukan hangus ye!
Tambahkan sedikit garam dan gula.
Setelah garing, angkat dan toskan minyaknya.
Makan bersama nasi panas dan lauk pauk lain sebagai penambah selera.
Dibawah ni lauk ayam masak lemak merah yang biasa emak kakpb buat. Cuma kakpb guna susu cair. Nanti kakpb update resipinya. Nak pergi pasar kejap. Ok bye.
abaikan minyak yang bertakung tu, tak perasan masa menumis sebab guna periok vission...
AYAM MASAK LEMAK MERAH
@blogsurirumah
1/2 ekor ayam dipotong dan bersihkan
1/2 cawan susu cair
3-4 sudu besar cili kering mesin
1 labu bawang merah besar
sedikit halia
sedikit kunyit hidup
1 btg serai
air asam jawa/asam keping
1/2 btg lobak merah
1 biji kentang belah empat
1 biji buah tomato
minyak untuk menumis
Caranya:
Bawang merah, halia, kunyit dimesin halus.
Panaskan minyak, tumis cili dan bahan mesin.
Masukkan serai dan ayam.
Bila ayam setengah masak, masukkan asam jawa dan susu cair.
Masukkan juga kentang dan lobak.
Guna api sederhana, sehingga ayam dan kentang empok.
nota kakpb: teringat mak selalu masak mcm ni masa kami ada restoran dulu
cuma mak guna santan, kakpb tukar dgn susu cair.
ooo...
BalasPadamterpikat ngan aaron aziz...
memang siap sampin eh?
sedapnyerr.. mmg sesuai wat bersahur nih..
BalasPadamtak per . bhn yg ditumbuk tu semuanya betul . cuma masa nak menggoreng tu saya tumis bawang besar dan bawang putih yg dimayang . bila sambal dah nak garing tu , masukkan ikan bilis goreng ...
BalasPadamKalu ikut cara kami di sebelah utara ni, Ayam Masak Merah kami boh kacang tanah skit (kacang tanah tumbuk). So rasa lemak lemak skit. Boh buah keras juga.
BalasPadamLain orang lain versi, tapi tetap sedap, kan?
Berapa dapat tu ZF utk sepasang kat Jakel?
BalasPadamDua dua masakan tu faveret OKje...Sedapnya
Berapa dapat tu ZF utk sepasang kat Jakel?
BalasPadamDua dua masakan tu faveret OKje...Sedapnya