my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Bazar oh bazar

Ingat nak update malam tadi, alah...lepas berbuka, satu badan kena gegata. Tau tak gegata tu apa? gatal-gatal satu badan. Bintat besar-besar dan gatal. Telan ubat pun masih belum hilang. Jadi semalam, skip solat terawih.....

Sebab apa jadi begitu? Kakpb ni bukan boleh berpeloh sangat, mulalah tak selesa. Semalam tengahari hantar kuih frozen rumah makcik, takdelah jauh sangat. Dalam 40 minit gitu. Masalahnya, jem teruk area KK masuk pusat bandar. Kat trafik light Sutera Harbour tu tak boleh gerak langsong. Waktu baru pukul 2.15 pm. Nak kata orang balik sembahyang jumaat, rasanya pukul 1.15 dah selesai. Pergi shopping ke mereka ni?

Cikgu fahmi pun apa lagi, pulas stereng ikut jalan lain. Tak kuasa nak menempoh jem, silap2 buka dengan air lior je nanti dalam kereta. Balik dari hantar kuih, terus ke Lok Kawi. Time bulan puasa ni, nama Lok Kawi popular laaa....sebab bazar Ramadhan di sini rasanya top jualannya. Majoriti orang semenanjung dan masakan dah tentulah menyelerakan. Kakpb tak masak, cikgu fahmi nak makan nasi kerabu. Fuiyo...beratur panjang der.....nak belinya satu. Kakpb konon2 nak kurangkan makan nasi jadi jual mahal bab2 nasi ni. Tapi, ntah macam mana boleh pula terbeli bubur lambok....haha...kan nasi juga tu!!

RM8 nasi kerabu special, siap ada telor masin, ikan goreng tepong, ayam bakar, solok....huhu...ambik kau! Beli satu dah cukup kongsi berdua. Anak kakpb kat rumah opah dia. Berbuka romantik skit Faint




Lepas dapat nasi kerabu, bubur lambok, nak kuih manis la pulak. Cari punya cari, kakpb tak berkenan sangat. Bukan apa, kadang was-was nak beli, takut tak makan. Maklum la....dah masuk air ke perut pun dah cukup kenyang. Hati terpaut kat sate ayam dan daging. Tengok kuah pun ada warna merah2 sikit, nampak menyelerakan. Beli 10 batang, RM6, maknanya 60 sen sebatang. Alhamdulillah, rasa sedap, kuah pun boleh tahan. Mamat yang jual tu tegur, menyesal nanti kak beli 10 batang je, sebab sedap sate ni....hehe...ayat memikat la tuh!

Lepas seberang jalan dengan romantiknya (romantik ler kena pimpin tangan Big cheesy grin) kami cari air kelapa pula. Cikgu fahmi beli 2 biji, simpan satu untuk esok. Sebiji RM3, murah kan? Cukuplah....semuanya habis dimakan, takde membazir. Bubur lambok tu simpan sampai sahur, kongsi juga.

Sekarang sedang memikir nak masak ke nak beli kat bazar lagiFull of questions

7 ulasan:

  1. camne bleh kena gegata tu kak? adoyaiii
    syafakallah

    BalasPadam
  2. salam kak pb... tun nasib baik la rumah agak jauh dr bandar, jd mmg x ke bazar ramadhan. semua masak sendiri.. rindu kt bazar kt semenanjung TT

    BalasPadam
  3. Walaupun ada yang kata tidak mahu menjengah bazar Ramadhan kerana mahal, tak sedap, rambang mata dan baebagai lagi....tapi ianya sudah menjadi sebahagian dari ramadhan, pasti terdetik juga walaupun sekali ingin menjejakkan kaki...
    Itulah keistimewaan bazar ramadhan!

    BalasPadam
  4. salam kak pb..

    ui..memang best kan pg bazar ramadhan lokawi..bln posa tmpt tu memang popular..best bleh jmpa macam2 makanan semenanjung..sya suka makan nasi kerabu..best!mau bagitau akak..asia city juga salah satu bazar ramadhan paling best d kk..happening n macam2 ada sana..heheh..selamat berpuasa kak..

    BalasPadam
  5. salam kak..
    akak pun kena gegata....sy pun mmg biasa kena...slalu x maunya hilang sehari...makn berminggu kejap timbul kejap tenggelam...miang rasanya...

    4 hari dah ramadhan...x de rasa lgi nak ke param...leceh bwak bebudak ni...

    BalasPadam
  6. semoga cepat sembuh ya.. Selamat Berpuasaaaa.. :)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)