my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Epal Goreng (Rahel Blogspot)


Pernah makan epal goreng? Kalau pie apple memang kesukaan kakpb. Rasa epal ni lebih kurang begitu ler.....cuma ia rangup sebab ada bread crumb tu.

Sebenarnya kakpb dah tak tau nak buat apa dengan apple 2 biji dalam peti kat rumah ni. Rasanya dah lama sangat daripada sebelum puasa lagi. Kalau apple hijau memang agak susah nak habis, selalu buat jus.

Semalam ternampak kat blog siapa tah kat fb, tayang apple goreng juga. Cari punya cari, masa berlalu dah pukul 6 ptg. 6.35 ptg dah nak buka. Terus kakpb google dan terjumpa kat blog Rahel. Barang pun ada, terus buat. Terima kasih Rahel bagi idea kat kakpb. Ikutkan otak kakpb ni memang tak kreatif. Pada hal kalau rajin merayau kat maya ni, banyak resipi dari negara luar yang boleh kita ubah suai ikut selera kita, kan?

Kakpb minta izin kongsi di sini ye Rahel.......

EPAL GORENG
@blogsurirumah
sumber : rahelblog

Bahan:
2 biji epal
2 sudu makan tepung jagung
1 cawan serbuk roti
1 biji telur + secubit garam,pukul ringan macam nak buat dadar

minyak untuk menggoreng

Cara:
1.Cuci bersih epal,buangkan empulur dan biji di tengah-tengah.
   Potong nipis 1/2cm,kemudian gaul dengan tepung jagung.

2.Panaskan minyak untuk menggoreng.Celup epal ke dalam telur,kemudian golekkan
   di dalam serbuk roti.Goreng sehingga keperangan.Angkat dan toskan.

3.SOS LEMON:1 cawan air,1 sudu besar jus lemon,2 sudu besar gula pasir,1 1/2 sudu
   teh tepung jagung,1/2 sudu teh esen vanila.Satukan bahan sos dan panaskan di atas
   api kecil sambil dikacau hingga pekat.Siap untuk dihidang bersama epal goreng.

**SOS Lemon kakpb tak sempat buat sebab dah nak masuk waktu berbuka. Makan gitu je pun ok dah.

22 ulasan:

  1. SALAM KAK.. wani pun tak pernah buat lagi goreng2 apple neh .. tentu sedap.. apple ada gak berbaki kat dalam peti nii...selamat berpuasa ..

    BalasPadam
  2. Wahhh... epal pun dah boleh goreng macam cucur kan? Rasa apa eh? Manis manis masin?

    BalasPadam
  3. Assalam kak PB, wah menarik ni epal goreng..tak pernah dengar n makan lagi ni..Epal ada lam esbok, tengok ada kerajinan ke tak..
    Gud idea..thanks for sharing

    BalasPadam
  4. rupa dah sedap tu kak...kena cuba juga ni

    BalasPadam
  5. Waaa... bestnya epal goreng...
    cuba try resipi ini pulak... http://gee-hut.blogspot.com/2013/07/aroma-antara-benua.html

    BalasPadam
  6. Macam menarik jer ni...kalau makan dengan aiskrim best tak

    BalasPadam
  7. salam kak..

    em, nama pun sudah menarik so rasanya pun misti sedap ni kan kak..

    BalasPadam
  8. @Wani
    waalaikummussalam wani, selamat berpuasa dan slmt hari raya.

    BalasPadam
  9. @azieazah
    betul la tu Azie, manis masin dan masam, cukup semua..hehe

    BalasPadam
  10. @LiNa_Pg
    W'slm Lina, silakan cuba, sama2 kasih.

    BalasPadam
  11. @Qashmere
    ermm...tak terfikir pulak..hehe..cubala Qash.

    BalasPadam
  12. @Bbwana adienia
    hehe..masak dgn ikhlas, insyaallah sedap Bbwana.

    BalasPadam
  13. kat umah pun ada 3-4 biji epal t'golek2 dlm peti ais tu..biasalah bulan ramadhan ni semua stok makanan lambat habis sbb siang x blh nak buat kudapan... :) bagus jg idea ni yer.. makan dgn aiskrim vanilla pun sedap juga kot...

    BalasPadam
  14. salam kak zana...kreatif ni,dr apple busuk,klu buat camni gerenti licin :)

    BalasPadam
  15. tak terpikir pulak nak grg epal,kan...

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jom ke blog saya pula.

    memang tak pernah makan lagi.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)