my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Nasi Lemak Kukus & Kuih Cara yang HOT

Haha....tajuk HOT tu yang nak tau sangat eh? Gini ceritanya........
Dah lama tak buat kuih cara ni, sejak gantung acuan 4 tahun dulu. Lama kan? terperap je dalam almari...
Disebabkan hari tu beli kuih bakar kat bazar tak sedap, keras kejong Disappointed 2gigih kakpb cari acuan kuih cara. Kakpb ni kalau nak makan seketul dua, memang malas nak buat. Lepas makan yang berat, sah2 tak boleh masuk benda lain lagi.

Kes yang jadi hot tu sebab acuannya jarang di guna, melekatlah bila mula2 bakar tu. Dah la cuaca panas, jam dah 6 ptg. Menyungkilnya satu hal, melekat pulak tu. Habis keluar gulanya. Rasa nak nangis dah. Damn DamnBukan pasal tak jadi, tapi sebab kejar masa dalam kepanasan. Ada lagi masakan lain yang tak settle. Nasib baik ada dapur lebih, Frico kesayangan kakpb memang berbaloi.

Dalam pada kepanasan (frust campur panas) tu jadi juga. Inilah hasilnya...hehe...dah selalu buat sebenarnya. Dalam blog ni pun ada kot. Blogger masak pun banyak share kuih ni. Resipi yang kakpb share ni ikut cara kakpb, lebih kurang sama je.

KUIH CARA
@blogsurirumah

1 cwn tepung gandum
11/2 cwn santan pekat
1 biji telor
pewarna hijau
secubit garam
Gula

Masukkan semua bahan, tepung, santan, telor, garam dan pewarna kedalam blender.
Mesin hingga tiada yang berketul2.
Panaskan acuan kuih cara. Sapu sedikit planta/minyak supaya tidak melekat.
Sendukkan adunan  kedalam acuan.
Letakkan gula pasir di tengahnya.
Tutup acuan dengan tudung periok. Guna api kecil sahaja.
Bila dah nampak masak atasnya tu, bolehlah di angkat.

*kakpb buat untuk makan bertiga je, ni pun dah banyak.

Kakpb jarang buat nasi lemak kukus, orang rajin la katakan....kali ni cuba kukus pula. Huhu....sedap sangat sampai lupa pantang makan nasi. Walaupun pantang nasi, kakpb makan juga beberapa sudu. Kalau tak masak nasi, kesian pula lelaki 2 orang dalam rumah ni.

Mulanya nak buat macam Amie, Dayang Jack nasi lemak kukus. Tapi, banyak benda yang takde, halba takde, daun pandan takde, daun pisang malas nak cari. So kakpb buat cara kakpb.

NASI LEMAK KUKUS
@blogsurirumah

1 gelas beras basmathi
11/2 gelas santan
1 btg serai
2 keping hirisan halia, potong btg mancis
sedikit bwg merah, hiris
garam

Caranya:
Basuh beras basmathi (lebih baik beras di rendam dulu tapi kakpb tak sempat buat)
Letakkan beras dalam bekas loyang. Panaskan pengukus.
Letakkan santan dan semua bahan. Lubangkan bahgian tengah nasi.
Kukus hingga nasi masak. (kakpb tak ingat berapa minit)
Jika nasi masih keras, angkat dan tambahkan santan pekat. Gaul rata. Kukus lagi.


 Makan dengan sambal udang, ikan bilis dan timun......
lupa dah emak kat kampung sebab terlampau sedap...ApologeticKali ni kakpb buat sambal udang letak santan sikit (biasa tak letak).
 Emak selalu buat macam tu masa dia berniaga nasi lemak dulu. Tambah juga ikan bilis serbuk (malas nak tumbuk).
 Bahan lain seperti biasa, belacan, bawang merah, asam jawa, garam dan gula (gula merah/kabong campur gula putih sikit)



Persoalan semalam, wordless wednesday kakpb sudah selesai. Sebenarnya puding karamel kakpb keras, terlebih agar2. Jadi kakpb ubah suai, masak balik dan itulah hasilnya hari ini.
Dah lembut....Blushing smiley ok, sampai sini dulu, panjang lebar dah entry ni.

nota kakpb: guna PHONTO ni bestlah, senang nak tanda gambar!

18 ulasan:

  1. teringin sangat nak makan kuih cara ni..tapi bard tak ada acuannya kat sini..

    BalasPadam
  2. musykil.. dah selalu buat tapi acuan dah gantung 4 tahun??? errrr.. ke sy yg salah faham ni.. hehehe..

    nasib baik guna agar2, boleh modified..

    BalasPadam
  3. kak pb...

    mcm tu rupanya nak buat kuih cara.

    baru tau...

    BalasPadam
  4. sedap semuanya yg kak PB masak tu.. terliur kat nasi lemak (dah lama tak mkn) terliur gak kat kuih cara... pun dah lama tak buat..
    owhh.. rupanya puding tu keras ye.. hehe.. nasib baik pandai modified...

    BalasPadam
  5. puding karamel tu sy x penah letak agr2..bancuh gitu then kukuh hehehe

    BalasPadam
  6. Ermm menarik menu berbuka nie nampak yummy sgt :)

    BalasPadam
  7. sedap nasi lemak tu,kalau sblah pantai timur nasi lemaknya lauk tumis asam pedas ikan tongkol

    BalasPadam
  8. Kakak kalau kuih cara ni beli aje zana. Tempat kakak 3 biji seringgit (org 'rajin' macam kakak gitulah hihi..)

    BalasPadam
  9. hahaha. saya dah rasa lapar terus ni.. hehehe

    BalasPadam
  10. @Seri Kandi Tanah Jauhar
    hehe...ramai yg mcm tu, dah biasa masak tapi kalau tinggal lama, mestilah kekok jadinya.

    BalasPadam
  11. @Khai♥Rin : anies
    betul Anies, ada yg letak agar2, ada yg tak perlu.

    BalasPadam
  12. @Kak Tie
    itu penambah lauk tu kak tie, tambah sedap.

    BalasPadam
  13. @Kakzakie
    haha...tau dah apa yg kakzakie nak komen.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)