my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Puasa tapi seperti tidak puasa

Puasa dah masuk lima hari, berat badan maintain je. Turun pun adalah sekilo lebih. Orang kata, oklah tu turun juga. Tapi kakpb rasa takde bezanya kalau setakat sekilo. Cumanya seluar jeans kakpb sekarang ni kena pakai tali pinggang pula....hehe...macam ada perubahan eh?

Kakpb ambil peluang sempena bulan puasa ni untuk mengurangkan makan nasi. Bukanlah tak makan langsong, makan dalam 4/5 suap je...(banyak juga tu kan? tapi kalau nak terus tak makan nasi, rasa belum boleh lagi) Kakpb nak mulakan perlahan2 dulu. Mulakan dengan makan roti yang berserat, tak sedap kan roti ni?

 Masa sahur kakpb makan roti yang di sapu tuna, layer dengan salad dan tomato. Kenyang betul perut bila masuk roti. Inilah masalah kakpb bila makan roti, perut selalu rasa seperti kembung.
 Tak seperti kita makan nasi. Bagaimana pun kakpb nak cuba juga hingga penghujung ramadhan.

Tapi bila balik semenanjung nanti, kakpb tak taulah boleh ke tidak menahan nafsu. Kena pula kakak masak sedap, emak pun suka memasak kesukaan kita. Bazar ramadhan pula bersepah, sanggup ke menengok je? 

Kakpb dah tekad dalam hati kalau balik sana dan meround ke bazar, kakpb akan pilih makanan yang kurang  kabohidrat dan berlemak....cakap senang...nak melaksanakan tu, Ya Allah...siksanya.

Untuk awal2 puasa ni kakpb kerap timbang berat badan. Bila tak makan nasi, ada perubahan kat penimbang tu.
 Agak2 berapa berat kakpb? hehe....malu nak cerita. Dulu2 belum kahwin hanya 45kg je.
 Lepas kahwin mendadak naik 50kg dan tak sanggup kakpb nak bagitahu berapa berat kakpb sekarang.......

Doakan kakpb boleh kurus seperti teman-teman blogger semua yang comel dan slim ye:)

11 ulasan:

  1. kak, saya pun tengah berusaha utk kurangkan berat badan,masa bulan puasa ni.harap2 impian kita sama2 tercapailah.. hihi..

    BalasPadam
  2. salam kak PB..
    samalah kita kak.. smlm nak pakai jeans.. tiba2 rasa mcm longgar.. terus en. suami bagi tali pinggang suruh pakai.. hehe..
    kalau ikutkan kuantiti mkn sy mkn tetap sama je rasnaya..
    senang je nak elakkan godaan bazar tu kak.. jangan pegi! hehe.. sy setakat hari ni belum lagi pegi mana2 bazar.. selagi sempat masak inysAllah nak masak sendiri je. mgkin bila suami kerja siang nnt kena gakla singgah bazar utk beli kuih berbuka. lauk pauk maintain sy masak sendiri je.. buat masa ni suami keje mlm dia rajin tolong sy prepare bahan2 masak jd lajulah sikit siap masak walau pun balik kerja sampai rumah lewat..

    BalasPadam
  3. Slmt berpuasa k.Pb

    sama sy, bila bulan puasa azam nak mkn sikit...nak turun berat badan tp puasa ni belum timbang lagi...takut naik pula...hi...

    BalasPadam
  4. Salam Zana,

    Mudah2an penghujung ramadhan nanti adalah perubahan seperti yang diharapkan tu.

    BalasPadam
  5. Roti mmg bt perut kembung, kak. Mkn roti ms sahur, tengahari perut pedih sbb angin. Mmmm...

    BalasPadam
  6. Turun sekilo tu dah baik Zana sebab baru 5 hari semalam. So kalau sebulan kira ajelah...

    BalasPadam
  7. salam ramadhan kakpb.saya pun dah turun 1kilo ni hehhe...

    BalasPadam
  8. wow...baru 5 hari puasa dah turun 1 kg ++... kalau sampai hujung ramadhan sure boleh turun 6-7kg kak... yg penting lps raya kena mantainkan supaya tak naik balik...Apapun, selamat menjalani ibadah puasa ;)

    BalasPadam
  9. jom la kak. sy ajk jogging tiap2 hari lps terawih kt tasik ;-)

    BalasPadam
  10. sama lah saya kak.. saya puasa ni makin gemuk.. adoi

    BalasPadam
  11. Nak kurus memerlukan kekuatan dan disiplin yang kuat. Ianya memang sukar tapi tidak mustahil utk di lakukan.

    Hendak seribu daya...(cakap senanglah) Sebab itu sokongan, bantuan, dorongan dan pemantauan dari orang rapat dan di sekeliling amat penting.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)