Dah beberapa hari ni kakpb sukar betul nak luangkan masa depan pc. Nak update pasal masakan pun, ada yang kakpb dah lupa kat mana letak gambar. Bila dah jumpa, lupa pula nama masakannya.. Taknak buang masa, kakpb terus pada tajuk entry. Kerja banyak menunggu kat dapur tu.
Lone Ranger lakonan abang Johnny Deep dan Armie Hammer memang sesuai di tonton oleh kanak-kanak. Menghiburkan dan lucu sangat bagi kakpb. Dengan muka Tonto yang di kapur ke hape tah....selamba je seperti lakonannya dalam Pirates of Caribbean.
Kisah tentang seorang peguam yang dalam perjalanan ke Colby Texas menaiki keretapi. Bertemu dengan Tonto dan Butch, maka bermulalah aksi-aksi lucu dan mendebarkan. Agak sukar untuk kakpb ceritakan dengan lebih detail kerana berbelit sedikit jalan ceritanya.
Penyebab Lone Ranger memakai topengnya adalah kerana di saran oleh Tonto, agar melindungi diri John yang telah dianggap mati oleh pihak Cavendish. John dan Tonto punya tujuan yang sama iaitu membalas dendam terhadap mereka yang telah membunuh abang John. Tonto punya kisah silam yang pahit ketika kecil kerana dia telah dibuang oleh puaknya. Punca dia jadi begitu......kenalah tengok ye.. Ok, cukup sampai sini.
Esok kita akan menjalani ibadah puasa. Kakpb ambil kesempatan mohon maaf sempena Ramadhan yang mulia ini, sekiranya kakpb tersilap tulis, tersalah komen pada teman2 blogger sekalian. Mudah2an Ramadhan kali ini menjadikan diri kita lebih baik, lebih sabar, lebih amalan, lebih takwa dan seribu kebaikan untuk umat Islam sedunia.
Anak-anak dara kat rumah tu peminat Johnny Depp, dah plan nak tengok film ni tapi dah posa ni... sori la.
BalasPadamSelamat menyambut Ramadan ZANA....
Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.
Salam ramadhan zana..semoga amalan kita diberkati ya..
BalasPadamMinat dgn filem2 Johnny Depp! Tapi nampaknya kena lupakanlah cite ni...dah bulan puasa, malas pula nak tgok wayang.
BalasPadamSalam ramadhan ye...maaf jika ada salah silap mahupun terguris hati.
Uwaaaaaaaaaaaa~ Sy nak tgk cite tu jugak kak! Jeleslah sy mcm ni!
BalasPadamUihh..last wayng ek..kite mmg x sempat lh nk nengok..dh mula membusy kn diri.
BalasPadamSalam ramadhan dn selamat berpuasa buat kak zana n family.
tah bla la nk tgk cite tu ;-)
BalasPadamsalam ramadan 1434H utk akk sekeluarga
Selamat menjalani ibadah puasa zana.
BalasPadambest ye hari tu nak tengok ni tp x jadi.. nanti nak tengok la sebabsuka cita lawak2 sikit :)
BalasPadamselamat berpuasa