my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kuih Cek Mek Molek

Bila dah kehabisan idea nak buat apa dengan keledek dalam rumah, ini sajalah kuih yang cepat dan sedap kakpb buat. Kalau nak buat cucur badak, leceh nak buat inti kelapa. Nak buat keria, leceh nak buat gelangnya.....tak kuasa tau!

Cikgu fahmi beli keledek tanpa di suruh. Selalu kalau minta beli keledek, muka dia macam tak sudi je. Tetiba hari tu balik dari sekolah, beli pulak. Tapi dia beli keledek putih. Ingatkan keledek oren. Dalam otak dah plan nak buat onde2. Tengok-tengok keledek putih.....hurmm...syukur sajalah dah beli tu. Boleh juga buat apa2 kuih kalau rajin. Keledek sekarang mahal betul.

Mood rajin semalam (ahad) kakpb buat dalam pukul 4 ptg gitu. Rupanya kakpb tak kepal betul2 masa isi gulanya. Bila goreng petang, gula dah mula keluar sedikit. Siap goreng, dah rupa kuih keria....haha...

Perlu ke nak tulis resipinya? Senang sangat.

KUIH CEKMEK MOLEK
@blogsurirumah

3-4 ketul keledek, kupas dan di rebus
1 cawan tepung gandum
Gula pasir untuk intinya

Lenyek keledek yang telah di rebus hingga halus.
Gaul dengan tepung gandum.
Kepalkan memanjang dan isikan dengan gula tadi.
Tutup rapat2 supaya gula tidak keluar ketika menggorengnya.
Goreng hingga keemasan.

Bila dah makan kuih ni, tak cukup seketul tau!!

12 ulasan:

  1. Senang jer kan? Kami suka jugak makan, buat jer belum lagi. Ntah bila la nak buat....

    BalasPadam
  2. mamaD ada buat puasa ke 2, tapi guna kentang ganti keledek..., biasalah org kedah bila buat kuih kelate...memanglah tak sama tapi not bad lah..sy suka.

    BalasPadam
  3. alolo comel nyer cek mek molek nyerrr

    BalasPadam
  4. Bazar tempat kakak ni Zana jual 3 biji seringgit. Kakak kalau teringin beli aje sebab dah tak rajin macam zana kan..

    BalasPadam
  5. salam kak... sdapnyerrr.. tun ada 2 jenis kuih yg mmg fail buat, che mek ngan keria.. mmg xpernah jadi.. huhu... lembik xleh bentuk, pastu tambah tepung bila goreng kalu x liat, jd keras kejung.. huhu

    BalasPadam
  6. oh.. senang aje buat kuih ni rupanya.
    nasib akk bagi resipi. nanti bolehla saya cuba..TQ kak.

    BalasPadam
  7. feveret! cek mek molek n keria...kuih yg kite suka sgt
    rasa hampir sama, tp rupa mmg x sama..hihi

    BalasPadam
  8. D5 suker kuih nie kalau sekali buat musti buat byk2 pastu frozen kan leh makan lain kali klu teringin :)..

    BalasPadam
  9. Assalam kak pb,
    keledek putih boleh buat kuih keria..
    kuih cek mek molek ni tak pernah makan dan buat..dalamnya gula pasir for the inti letak macam tu aje ya..

    BalasPadam
  10. mmg senang . tak pernag buat . blh la try bila ada bhnnya nanti ...

    BalasPadam
  11. hehehe.. dah lama tak pekena kuih ni..

    BalasPadam
  12. sedap kuih ni zana..tapi kita dah lama tak makan

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)