my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Roti Jala kahwin Gulai Kawah ole2 dari Selatan

Amacam......gempak tak tajuk album masakan kakpb? It's Friday seronok ye dah hari jumaat.
Esok boleh berjimba dengan encik suami masing-masing kan? alaa.....kakpb tau korang memang tunggu je sabtu dan ahad, nak shopping ler tuuu.....

taknak cerita banyak hari ni...
terus pada tajuk album....
roti jala buat hari rabu kelmarin, makan bersama gulai kawah yang di terbangkan khas untuk kakpb
pemberinya......ialah...calon adik angkat dah ada anak dara (tak boleh berbesan, anak kita bujang cenonit lagi) Puan Sariyusa Thank you!


Resipi roti jala berlambak kat mana2 blog. Tak perlu kakpb copy paste lagi. Dalam blog ni pun ada.


Sememeh je kuah tu sebab dah lepas berbuka, malas nak makeup lagi.

DAGING GULAI KAWAH
@blogsurirumah

1/2 kg daging lembu potong seperti biasa
rempah 4 sekawan
2 labu bawang besar merah
1/2 inci halia
sedikit lengkuas
asam keping
2 ulas bawang putih
santan secukupnya (agak2 je)
minyak utk menumis
gula merah/putih
1 peket rempah gulai kawah premix (inilah heronya)

Tumis rempah 4 sekawan dalam minyak yang telah panas.
Masukkan bawang merah, bawang putih, lengkuas dan halia yang telah di mesin.
Masukkan rempah gulai kawah.
Biar rempah betul2 masak baru masukkan daging.
Guna api kecil.
Masukkan santan cair, bila daging dah lembut baru masuk yang pekat.
Masuk asam keping, garam dan sedikit gula.
Biarkan reneh hingga pekat.

Rempah premix ni berbeza sungguh dari rempah gulai kawah yang biasa kakpb beli di Kelantan. Di sebabkan dah biasa dengan citarasa orang Kelantan, kakpb lebih suka orang pantai timur punya. Apologetic Sariyusa, bukan nak kata yang ni tak sedap cuma ini komen ikhlas dari kakpb. Ada 2 peket lagi yang belum diguna, rempah krutub dan apa eh...ala lupa pula.

kiriman dari selatan tempohari, terselit juga keychain comel...sape yang buat tu, Iman ke?

Terima kasih sudi membaca, ada masa kakpb blog walking ye. Selamat Barbeque


17 ulasan:

  1. Kalau di bazar banyak yg gulung-gulung tu Zana. Kalau buat lipat macam ini lagi senang kan..

    BalasPadam
  2. Salam, Kak Zana.

    Lahhhh.. knp diletak lagi bahan2 lain tu, bawang & rempah ratus. Actually rempah tu dah siap semua Kak Zana, tu sebab agaknya rasanya lari.. hihihi..

    BalasPadam
  3. Ouh, rencah segera eh kak? Nampak sedaplah roti jala akak tu.

    BalasPadam
  4. Ermmm teringin lak nk rasa rempah segera nie kan nampak sedap :D..

    BalasPadam
  5. wallaaaaa sodap nyerrrrrr roti jala

    BalasPadam
  6. Wah nampak sedap n pekat.. kalau mkn ngan roti ker..nasi impit ker.. pulut kuning ker.. sedap gak kan? senang dah ader sesiap cam tu.. memudahkan..kak pb terliur lak hu hu hu

    BalasPadam
  7. saya suka yang lipat2 macam ni..lembut je nak makan berbanding digulung.

    roti jala memang makanan pilihan popular berbuka bersama murtabak

    BalasPadam
  8. pergh.. gulai kawan memang terbaik :)

    BalasPadam
  9. @Seri Kandi Tanah Jauhar
    takyah letak bawang ke? pelik je rasanya...hehe..silap teknik la ni? ah..belasah je la.

    BalasPadam
  10. @HALAMANKU
    Sariyusa kata silap letak bhn bwg dll tu, nak buat mcmna...dah jadi resipi kakpb. Sedap la jugak.

    BalasPadam
  11. @ANIM
    Murtabak? huhu...semalam beli hampeh!

    BalasPadam
  12. uishhhhh, roti jala ka, gulai kawah ka, dedua pebret tuuuuuuuu...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)