my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ikan Cencaru Bakar salut sambal


Cikgu fahmi kata, buatlah ikan bakar macam kat restoran yang selalu saya nampak tu. Ikan macam mana ni? Sebenarnya tau, saja buat tak faham. Alah....yang salut sambal kat luarnya, huhu....sedap sangat, kena pula puasa2 begini, angan cikgu fahmi.

Daun pisang ada secotet!! Nak bakar ikannya 2 ekor, ngam2 bila letak ikan dalam kuali leper. Tak dapat nak balut sebab sikit sangat, lapik saja. Sambalnya kakpb dah masak awal. Pukul 6 petang baru bakar (buka puasa 6.35)

Resipi sambalnya :
1 labu bawang besar merah
1 ulas bawang putih
sedikit air asam
2 sudu besar cili kering kisar
garam dan gula

Mesin bawang merah, bwg putih.
Tumis cili kering dan bawang mesin hingga naik bau.
Masukkan air asam. Tunggu agak kering baru masuk gula.


Ikan di lumur sedikit garam dahulu setelah di bersihkan. Kakpb tak buang kulit keras cencaru.
Lapikkan kuali pembakar dengan daun pisang.
Letakkan ikan di atasnya dengan api kecil.
Lumurkan ikan dengan sambal yang telah dimasak tadi.
Bakarlah sehingga ikan masak.
Kakpb tutup dengan penutup kuali ketika membakarnya.
Cicah dengan sambal asam pun sedap ketika menghidang.

8 ulasan:

  1. salam Ramadan kak zana, best tu kalau dapat berbuka dgn lauk2 bakar cmni...perghhh

    BalasPadam
  2. sedap, tapi KY tak makan ikan cencaru..kalau sambal makan heee

    BalasPadam
  3. Amboi, akak ni klu msk...menjadi je...

    BalasPadam
  4. sedap sangat tu nampaknya... mesti Cikgu Fahmi makan banyak, kannn.. Aziz makan banyak tak???

    BalasPadam
  5. Kak Zana salam ramadhan...menu ni belum sampai turn kat umh pcl lg, selalunya memang ada mamaD buatkan...tp bulan puasa kali ni macam tak je..hehe , kami berbuka dgn mee/mihun/koeteow jer...hujung2 kot baru nk tukar selera.

    BalasPadam
  6. Salam kak zana.. baru ada masa nk bw nih.. terbayang2 mkn ikan bakar tepi laut kat KK.. sedapnyer..

    BalasPadam
  7. uiiii sedap nyer...tp ikan cencaru ni sy prefer kukus je cicah ngan kicap

    BalasPadam
  8. pergh.. betul-betul mengiurkan tu

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)