my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Sotong Goreng Tepung & Rebung Masak Lemak

Assalammualaikum,
Dah hari keberapa ye kita puasa? Baru puasa seminggu dah tak ingat la tu.....semuanya lupa dek ingatan persiapan untuk raya yang belum selesai Happy smiley Baju tempah dah siap? Kasut raya anak dah beli? Langsir dah tukar? Kuih raya? Crying with laughter kakpb belum ada semua tuuuuu....

Tak kisah la...janji dapat balik semenanjung beraya dengan famili kan lebih penting. Benda tu semua boleh cari last minute kalau rajin menjelajah shopping komplek.

Ok, ni menu 2 hari lepas. Kakpb lewat update sebab takde masa nak duduk lama depan pc. Guna tablet boleh tapi leceh sikit. Silap tekan, lain pula jadinya.Happy smiley Sotong ni kakpb buat seperti kawan2 lain buat cuma ada beza sikit je. Sebelum ni kakpb ikut resipi dalam myresipi rasanya. Lupa pula resipi kali ni dari sumber mana. Minta maaf la ye kalau kakpb tak letak link, memang tak bookmark.


SOTONG GORENG TEPUNG
@blogsurirumah

4 ekor sotong yang sederhana besar, bersihkan dan potong bulat.
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
sedikit garam
1 ulas bawang putih di cincang
1 biji telor
sedikit serbuk lada putih
minyak untuk menggoreng

Caranya :-

Siang sotong dan bersihkan. Perap dengan limau kasturi untuk hilangkan hanyir.
Toskan sotong hingga kering.
Gaul tepong gandum, tepung jagung dan bawang putih bersama.
Pecahkan telor dalam mangkok lain, letak lada sulah. Kacau rata.
Celup sotong dalam tepung kemudian celup pula dalam telor.
Masukkan lagi sekali dalam tepong dan goreng dalam minyak yang panas.
Tak perlu lama gorengnya.

Alhamdulillah, rangup dan lembut. Kakpb guna sotong yang lebar2 tu, orang panggil sotong apa tah. Bukan sotong panjang kurus warna kemerahan. Itu tak berapa sedap sebab selalu mengecut bila masak.

Kemudian kakpb masak juga rebong. Sebenarnya kan, kakpb tak pernah masak rebung melainkan makan dirumah mertua. Mulanya nak masak lemak seperti kita masak ikan tu, letak cili padi, serai bagai Silly smiley tapi call MIL, dia kata masak seperti kita masak sayur lemak biasa. Oh gitu rupanya. Senang baa....Winking smiley kacang je tu!!

Kakpb tulis jugalah ye, untuk suka2, tengah mood rajin ni...

SAYUR LEMAK REBUNG
@blogsurirumah

1 peket rebung (kat sini rebung dah siap potong cantik, jual dlm plastik RM1)
1 1/2cwn santan (ni masak utk 2 orang je)
sedikit ikan bilis
1/2 labu bawang besar hiris
1 btg cili hidup hijau hiris
sedikit serbok lada hitam
garam

Kakpb rebus dulu rebung dan toskan.
Masukkan bawang, cili, ikan bilis tumbuk dan lada hitam dalam santan.
Masak bersama rebung tadi.
Perasakan garam dan kakpb letak sedikit gula sebagai ganti ajinomoto. (lama tak guna aji)
Siap. Menyelerakan masak sendiri.Thumbs up


Maaf, gambar ambil dengan periok sekali, nak cepat.




10 ulasan:

  1. sedap tu sotong goreng tepung..
    kite x penah masak rebung...sbb suami x mkn...kalo ternampak kat kafe, baru leh layan...

    BalasPadam
  2. Dah lama tingin nak buat Sotong Goreng Tepung. Sampai skang belum terbuat lagik...

    BalasPadam
  3. seketul besar goreng sotong x liat ker??? lama x goreng sotong .. puasa ni malas nak bersihkan dia hihihihihi...

    BalasPadam
  4. Assalam zana, raya ni blk klate ke, bestnya msk lemak rebung tu, akk pun sama lah tak pernah msk rebung heheh, Cara masak tu sama juga dgn MIL msk, sedapkan

    BalasPadam
  5. nak jugaklah buat sotong tepung macam Kak Zana.. cepat siap, hehehe

    BalasPadam
  6. Sotong grg tepung akak tu nmpk menarik. Sy mmg plan nak bt sotong grg tepung ni kak. Tapi tgu weekend nanti.

    BalasPadam
  7. Kalau ada tambahan sambal belacan tambah sedap hidangn itu jadinya.

    BalasPadam
  8. dua2 menu tu feveret.. sedap.. ;)

    BalasPadam
  9. Terima kasih kongsi resepi ini akak. Boleh cuba respi rebung ni.

    BalasPadam
  10. sotong tu okey tp rebung...alahai...mmg sy x mkn..tp kalu akk yg msk kn?? engengenge

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)