my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Nasi Ayam (kak laily Subang Jaya)

Menu yang ditayang hari ni adalah menu hari sabtu, ingat nak tayang malamnya. Tapi si bujang kakpb tu bolot pc dari pagi sampai tengahari. Tangguh dulu, ingat pagi Ahad bolehlah chop pc, rupanya dia juga yang terkam dulu....ish..ish...mentang2 tak sekolah, pc dia yang punya.

Ini nasi ayam biasa je. Cuma kakpb yang rasa lain sikit sebab cara masak tak sama seperti yang kakpb selalu buat. Terima kasih kepada Azie Kitchen yang telah berkongsi resipi ini. Resipi asal daripada seorang penjual nasi ayam yang telah pulang ke rahmatulllah. Mudah2an apa yang dikongsikan ini kepada pelanggannya menjadi pahala untuknya.

Minta izin copy paste ye, tapi ada sedikit perubahan mana yang kakpb takde stok.






NASI AYAM KAK LAILY YANG TERSOHOR

@blogsurirumah
Bahan untuk Nasi
1 kilo beras - dalam 7 pot - cuma segelas je utk famili kakpb
1/2 cawan halia kisar
1/2 cawan bawang putih kisar
3 helai daun pandan - takde daun, ganti dgn serai
1/2 sudu besar garam
Sedikit serbuk kunyit
Air secukupnya
Minyak lemak ayam

Cara caranya:
Panaskan minyak dalam periuk nasi. 
Kemudian masukkan daun pandan, halia dan bawang putih yang telah dikisar. 
Tumis sehingga naik bau, masukkan garam, serbuk kunyit dan air (sukat air mengikut paras beras) dan gaul rata. 
Masukkan beras dan sedikit minyak ayam dan gaul rata. 
Kemudian tutup periuk nasi dan biarkan ia masak. 
Insyallah nasi akan berbau harum dan warnanya kuning-kekuningan serta tidak hanyir bila sejuk.




Bahan untuk Sos 
15 batang cili merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
15 biji limau kasturi, ambil jusnya 
3/4 cawan air masak (kak laily tak letak)
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula

Cara caranya:
Kisar bawang putih, halia dan lada merah bersama jus limau kasturi, garam dan gula. Kemudian masukkan air masak. Kisar lagi. Rasa sekiranya ada kurang tambah garam, gula mengikut citarasa dan boleh dihidangkan bersama nasi ayam.





Bahan untuk Ayam Goreng Madu 
1 ekor ayam - bersih dan tos
3 sudu besar madu
3 sudu besar kicap cap Gajah-guna kicap cap kipas udang
Garam
Gula
Serbuk lada sulah

Untuk dikisar
1 ibu jari halia
1 bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara caranya:
Bersihkan seekor ayam dan jangan dipotong. 
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian tuangkan air, dan biarkan ia mendidih.
Kemudian masukkan ayam, kaki serta leher ayam dan direbus hingga ia masak. Kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucuk pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya. 
Campurkan madu, kicap, gula, garam dan lada sulah. Sapukan rata pada ayam yang telah direbus itu. 
Perap untuk 1 – 2 jam atas penyejat atau digantung. 
Panaskan minyak secukupnya untuk goreng ayam, minyak mestilah banyak. 
Goreng ayam hingga kulitnya garing. 
Jangan goreng ayam terlalu lama sekadar untuk garingkan kulitnya. 
Angkat dan toskan minyaknya. 
Itulah rahsia ayam yang isinya lembut didalam dan mendapat kulit yang garing.
 
nota kakpb: semua bahan di atas diubah mengikut sukatan sendiri sebab kakpb makan untuk 3 orang sahaja.

6 ulasan:

  1. resepi ni belum lg dicuba ...sejak kami dah kurang makan berat/ nasi masa berbuka...mungkin hujung2 puasa nanti mana tahukn selera meminta..

    BalasPadam
  2. pernah buat cekmek molek nii...sedapkan...
    Saya bila berbuka terus mkn nasik...lepas tu baru mkn kuih...srlalu lepas solat terawikh baru mkn

    BalasPadam
  3. waduh , ayamnya buk ... tu ler yg buat terliur tu . nasib baik dah buka ...

    BalasPadam
  4. @PakcikLie PCL
    kakpb pun nak elak nasi, ambil beberapa sudu je. masak utk suami dan anak.

    BalasPadam
  5. @ainnoraini
    Itulah org melayu, mesti nak nasi kan?

    BalasPadam
  6. @Vee Zawiah
    iya Vee, ayamnya boleh diratah begitu pun sedap.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)