my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Mihun Singapore atau Mi siam

 Juadah petang semalam.

Dah beberapa hari cikgu fahmi asyik nak makan mihun goreng putih ni. Sedap sangat kot isteri dia masak? Asyik request je, sahur pun dia suruh buat juga. Isteri mithali ni ikut arahan, tambah pula bulan puasa, nak pahala lebih kan? Blow Kiss

Ramai blogger masak yang dah share resipi kat blog masing-masing. Kakpb tuliskan juga di sini tapi ikut cara kakpb ye.....untuk mereka yang baru pandai masak, sesuai kot...atau mereka yang sukakan masakan cepat dan simple.PerfectoSemoga menjadi kesukaan keluarga anda juga.

MIHUN GORENG PUTIH/MI SIAM
@blogsurirumah

1/2 bungkus mihun - rendam hingga lembut (nak cepat guna air panas)
11/2 labu bawang merah
2 ulas bawang putih cincang
Sayur sawi/lobak merah
1 biji tomato di belah-belah
sedikit serbuk lada hitam
2 sudu sos tiram
Udang, sosej, sotong, ayam atau apa saja rencah yg ada
5/6 btg cili padi tumbuk
serbuk perasa maggi
garam dan gula (sikit je)
1 biji telor (taknak guna pun takpe)

Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan cili padi, semua bahan mentah dll.
Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, garam, gula dan mihun yang direndam tadi.
Akhir sekali masukkan sayur dan tomato yang dibelah.
Kadang kakpb masukkan telor, kadang tak perlu sebab dah banyak rencahnya.


Juadah minggu lepas. Sekali sekala goreng macam ni memang sedap.


nota kakpb: orang Johor biasa panggil mi siam, ada kuahnya sekali.


11 ulasan:

  1. ooo ni ke mihun yg cerita 'demi dia' tu??

    hehe.

    BalasPadam
  2. byk bahan campurannya ... klu kami buat bebudak nak merah aka cili boh . dah bukan mi siam rasanya ... heheheee ...

    BalasPadam
  3. pergh... nampak sangat-sangat menarik tu

    BalasPadam
  4. OH MY...Seyes feveret iman ni.waduh2 lapau la

    BalasPadam
  5. sy suka kalu berkuah sikit..kalu kering rs mcm keras je bihun bla mkn hehehe

    BalasPadam
  6. sy panggil mi hun putih jer, kalau mee hun spore yg ada kuah & mee nya pun digoreng guna cili kering (merah meenya).. yg sy tahu ler, hehe..

    mee hun putih ni sesuai saat kecemasan malas nak giling lada, kikikiki

    BalasPadam
  7. bestnya thk lapar plakx, saya pun suka buat;-)

    BalasPadam
  8. slm kak... tun puasa ni pun pun dh 2 kali berbuka ngan sahur dgn bihun. hihi.. campak2 jugak.

    BalasPadam
  9. Ermm suker mihun nie makanlak ngan cili kicap mmg best :)

    BalasPadam
  10. Salam kakpb. Terima kasih atas kunjungan. Mesti sedap bihun tu bila diminta berulang kali

    BalasPadam
  11. Nampak pun sedap apatah lagi dlm bulan puasa ni ZF

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)