my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Gulai Daging Bawang Goreng tanpa santan

Pejam celik, kehulu kehilir, pot pet pot pet.....dah masuk hari jumaat....ingat nak update entry petang semalam. Ada hal pula yang menghalang. Mood nak update entry mungkin datang waktu pagi je. Bila dah penat dirumah, masak, berkemas, membasuh......haruslah mood letih kan?

Taknak bebel panjang, letih membebel ni. Ada urusan lain nak selesaikan. Minggu ni minggu yang stress gila rasanya. Apa sebab 'gila' tu nanti kakpb share juga bila dah dapat di atasi.



Ini kan, pertama kali kakpb masak Gulai Daging Bawang Goreng. Katanya masakan negeri Trengganu. Kakpb memang suka masakan Trengganu dan kali ni kakpb rasa bangga dapat memasaknya......haha...
Makan dengan nasi briyani simple, sambal belacan dan sayur taugeh. Peduli apa orang kata tak kena padanannya, yang penting sedap!

Resipi kakpb jumpa di blog Dapur Mamasya dan resipinya pula dari Dapur Digital/kak norma. Kakpb share pula di sini ye. Masakan begini memang kesukaan kakpb, tak kisahlah daging tu tak elok untuk orang nak diet. Semingggu sekali apa salahnya.....(ayat tak boleh kontrol makan)

GULAI DAGING BAWANG GORENG (tanpa santan)
@blogsurirumah

Bahan-bahan:
1 kg daging lembu
2 sudu besar rempah gulai nasi minyak-kena beli kat Trg **
4 ulas bawang merah ] - lebihkan bawang merah&putih
2 ulas bawang putih ] kisar
1/2 in halia]
segengam bawang goreng - kena guna yg homemade klu yg kat kedai kurang wangi
1- 2 sudu besar susu manis - ikut citarasa, nak guna susu cair pun boleh tapi kena buh gula sket
1 sudu kecil sos tomato - letak 1 1/2 sb
3 ketul ubi kentang (ptong 4)
sket kismis
air secukupnya

Bahan tumis
2 in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sket minyak

Cara membuat:
Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga wangi. Masukkan bahan kisar, kacau sehingga naik bau.
Masukkan rempah, bawang goreng yg diramas2 sket, sos tomato dan susu.
Masukkan daging. Renehkan seketika.
Masukkan air secukupnya (gulai ni takleh pekat sgt). Reneh sehingga daging empuk, masukkan kentang, kismis dan garam secukup rasa
Masakkan sehingga kentang empuk. Sedia utk dihidangkan

**kakpb tak guna rempah cap bunga ros, hanya campur rempah kari daging babas dan rempah gulai kawah dari Kelantan.


pagi ni cicah roti....




 

13 ulasan:

  1. Nampak sangat menyelerakan gulai tu. :)

    BalasPadam
  2. rempah tu mmg xde jual kat selangor eh, pptlah mek sebelah rumah sy buat gulai sedapp.. ada rempah khas...

    BalasPadam
  3. kakpb nie pagi2 dah buat saya tergelak..makan briyani dengan sambal belacan..biar betol..hehe..janji sdp ya..itu yang penting..^_^

    BalasPadam
  4. kalau ada roti jala ke.. lempeng ke.. pulut kuning ke.. sedap ni, Kak Zana.

    p/s : Baru sy tahu fungsi buatng pautan kat bawah tu ha.. tadi tersalah klik.. cer tengok kat blog sy.. haha

    BalasPadam
  5. Roti cicah gulai ni mmglah meletop kak!

    BalasPadam
  6. nampak macam sedap... harus cuba masak daging ini... terima kasih untuk resepinya

    BalasPadam
  7. Salam kak pb.. ooo.. wujud eh rempah gulai nasi minyak..org ganu pon xtau nih.. hihi... kalu rempah cap bunga ros tu tau la..
    mama tun wat gulai daging guna rempah kari adabi je. tun tau makan, xpenah masak gulai daging sendiri. haha

    BalasPadam
  8. sedap nyer kalu dpt dgn nasi pns niiiiii

    BalasPadam
  9. nampak sedap sungguh kak PB... terliurrrr!! lepas raya haji dpt daging nnt bolehlah try.. hehe..

    BalasPadam
  10. Salam kakpb.. sedap tuh.. dulu ader kawan perkenal gak rempah gulai dari terengganu cap ros, rempah tumis cap bunga raya kalau tak silap.. sedap n senang disediakan.. gaul ngan ayam perap n tumis terus dlm kuali.. last2 + santan.. sedap..nyum3 blh lepak sini pekena gulai sedap neh..

    BalasPadam
  11. Aslmkum kat Pb

    pekat elok gulai daging tu. sypun suka resepi ni ... wpun tanpa santan tp gulai pekat ..sedapp...teringat lauk kat tempat kenduri...

    BalasPadam
  12. wah pekatnya kakpb.kakpb harus bukak restoren la kalu camni.mesti ramai pelanggan.tengok kat sini je pun dah tau sedap.

    BalasPadam
  13. sedap je nampaknya gulai ni...bawang goreng tu yg special tu...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)