my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Selamat menyambut tahun baru 2009

Gambar ketika dlm penerbangan ke Sabah tempohari



Selamat menyambut tahun baru pada mereka yg sering mengunjungi blog ku dan teman2 yg baru ku kenali. Apa yang korang buat ye di malam tahun baru ni? Bersiar2 di malam hari bersama kawan2 dan famili atau menunggu percikan bunga api pd 12 mlm di tempat masing2.


Bagi ku, tiada beza tahun baru dgn hari2 biasa. Hanya pertambahan usia makin meningkat, penghijrahan ke tempat baru dan pengalaman hidup di rantau orang. Moga tahun 2009 memberi sinar yg lebih terang dlm hidup kami. Amin.......


Seharian ni, belakang tengkok ku sakit yg teramat sangat. Kata orang 'salah tidur', sehinggakan apa saja yang ku lakukan hari ni, semuanya tidak selesa. Siang tadi kami ke Tanjung Aru berdua saja tanpa di temani. Saja ku paksa suami biasakan memandu sekitar KK. Sampai juga kami ke Tg Aru............cantik pemandangan di sana. Kelihatan dari jauh kepulauan Manukan. InsyaAllah, ada masa nanti kami akan ke sana bercuti.


Petang pula, suami buat temu janji dengan kawan sekuliahnya dulu. Janji berkumpul di Centre Point. Riuh rendah restoran mamak tu dek suara gelak tawa mereka bertiga. Aku dan isteri2 pd kawan suami ku hanya tumpang sengih melihat keakraban mereka. Satu hari nanti mungkin kami akan adakan 'family day' di suatu tempat peranginan yg indah untuk merapatkan lagi hubungan sahabat2 karib ini.

2 ulasan:

  1. selamat tahun baru ye kak..semoga tahun ini lebih cemerlang dari tahun2 yang lalu..

    wah, KK ada mamak

    BalasPadam
  2. tu la ariep......konon azam taknak makan kedai mamak tp.....utk jaga hati kekawan, minum je...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)