my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Tak sangka ke Pulau Gaya pula....

jeti Pulau Gaya dr picasaweb google
pada 2006, ikan paus pernah di jumpai di pulau ini



Ketika kami di kedai barang2 keperluan dapur yang berjenama 'Frico', handphone suami berdering. Rupanya panggilan daripada JPN Sabah, En. Norbi (kawan kpd kawan baik suami). Suspen je bunyi suaranya meminta suami datang ke pejabat.



Pukul 3.30 ptg kami bergegas mencari pejabat pelajaran yang bersebelahan KWSP. Punyalah jem........dah la kami ni tak tau jalan area bandar ni.......berpusing2 cari tempat nak letak kereta, tak jumpa, hampir setengah jam lamanya. Bila pusing balik, salah masuk jalan lain pula........suami dah tension, jam dah 4 lebih, masih mencari parking.........



4.10 ptg baru dapat parking, itu pun masuk dalam kawasan pejabat (nasib baik jumpa pintu masuk....). Kemudian berlari anak mencari tingkat 5. Dah jumpa, nak cari bilik pejabat tu satu hal lagi. Kena pula dia orang tengah renovate bangunan, tanya sana sini, baru jumpa. Fuh..lega..(aku pulak yg kelam kabut)



En. Norbi ni peramah orangnya. Macam dah kenal lama je. "Kita mau mengajar di mana?", saje je dia nak bagi suami suspen. Suami ku cuma senyum simpul dengar soalan dia. Sebenarnya, kalau boleh dia nak mengajar di sekolah yang kedudukkannya pinggir bandar saja, bukan dalam bandar. Tapi.....jeng....jeng....jeng.....en. norbi keluar surat dari jabatan, ahh...sudah!! Pulau Gaya!!



Nak buat macam mana kan? Tadah je la........naik bot pun mencabar jugak.....
Sebelum ni, ada yang cadangkan mengajar di pulau ni tapi suami menolak, bersungguh2 dia menepis.....sudahnya....

hantam saja la labu!!!






4 ulasan:

  1. ucap selamat bertugas pada suami kak zana...
    kebanyakan penduduk pulau gaya merupakan org2 sulok (filipina)
    yg kini dah menjadi rakyat malaysia...ermmmm

    BalasPadam
  2. mungkin ada cikgu namanye
    cikgu nuraidah ismail....

    BalasPadam
  3. insyaAllah akak akn sampaikan.
    err....apa hubungan haris dgn cikgu tu ek? kwn lama ye?

    BalasPadam
  4. bekas guru is3 saya....srjk (c) bong hua di bongawan....

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)