Jemu makan nasi? Kali ni aku nak makan simple je........kami memang tak makan tengahari kalau hari sekolah sebab sebelah pagi dah makan makanan yang berat. Jadi, masa memasak ku dalam pukul 4 ptg (sebelum tu melepak depan tv, ngadap cerita Filiphine), macam tu la aktiviti ku setiap hari. Tapi bukan duduk sesaje, tangan kena juga buat kerja. Lipat kain ke.....kopek bawang ke.....salin resepi ke...hehe...
Aku nak tayang roti jala spesis hijau kali ni. Biasa aku buat kaler kuning. Takde la pandai sangat 'menjala' roti ni, letih tau.......dah la dapur rumah ni tinggi kedudukannya. Aku buat untuk 3 orang makan je.....
ROTI JALA (myresipi...oleh herdawaty-abuothman)
3 cawan tepung gandum
2 1/2 camca besar minyak masak
pewarna kuning/hijau
1 biji telur
2 1/2 cawan santan/air/susu segar (aku guna susu cair, lagi lembut)
Cara2nya macam biasalah, campurkan semua bahan2 di atas tu. Nak senang masuk blender je!
Lepas tu kirai atas kuali leper. Kena cari acuan kalau takde, tak mahal, dlm RM2 saje.
DAGING GULAI KAWAH
Daging lembu (ikut suka banyak mana nak masak)
Rempah gulai kawah (yang ni aku beli kat Kelantan)
Bawang besar (kisar)
Sedikit halia
Sedikit lengkuas
Air rebusan daging
2 biji kentang
Asam keping
Santan
Cara memasak seperti masak kari biasa, lebih elok masak dengan cara mereneh atas api kecil.
salam zana...tq singgah tgok kek kukus kat mersing...dah buat ke??
BalasPadamwah sedapnya roti jala, fevret famli kak su gak ni... bilalah nak menjala ni...
belum ada masa la kaksu, ada tetamu dua tiga hari ni...
BalasPadam