my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Laksam

Salam Sejahtera....

 Jom kita makan LAKSAM!!

Aku suka sangat laksam. Masa aku kerja dulu, kerap beli laksam untuk bekalan. Kalau di kantin ada laksam, tak lepas peluang, aku mesti nak juga.

Sebelum ni kalau buat laksam, aku guna laksa beras sebab aku tak pandai buat laksam yang macam kueteau tu. Pernah sekali aku buat......tapi......segan nak cerita....ada ke patut aku bakar atas kuali leper laksam tu. Aku memang mati2 ingat macam goreng lempeng. Patut la keras kejong, sekali tu je aku buat.

Bila selalu melepak kat myresipi, tertengok la resepi laksam kat sana. Rupanya laksam ni di kukus......haha....bodohnya aku. Tak terfikir langsung masa mula2 buat dulu benda ni patut di kukus atau di goreng.

Sekarang aku dah boleh buat laksam tapi masih belum memuaskan hati lagi. Tapi bila adunan hampir habis, aku tambah air, cuba tengok macamana rupa bila lepas kukus. Barulah cantik laksam ku. Aku ni kalau buat apa2 kuih atau masak lauk tiru dari resepi orang, memang aku tiru bulat2 dan tak ubah sukatan. Kalau kali pertama buat tak jadi atau tak puas hati, kali kedua buat barulah aku ubah sedikit.

Resepi ku ambil dari yani, terima kasih ye!!

3 cwn tpg beras
1/2 cwn tpg gandum
4 cwn air suam

untuk kuah laksam
Ikan di rebus dan buang tulang (aku rebus dgn asam keping, airnya boleh guna utk kuah)
Sedikit halia
sedikit bwg putih
sedikit bwg merah
sedikit lada hitam/serbuk lada hitam
santan
Asam keping
garam
sedikit gula merah

untuk ulaman
timun, kcg panjang, taugeh, daun kesum

untuk sambal
cili merah
belacan
garam
limau

Cara2 membuatnya:
Untuk laksam, gaulkan semua bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak untuk elakkan dari melekat. Ambil sedikit adunan dan letakkan atas tudung periuk. Kukus hingga masak (sekejap je dah masak)
Bila dah masak, keluarkan dari kukusan. Biar sekejap sebelum di gulung, supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Ulang sampai habis.
Untuk kuah:
Kisar ikan bersama halia, bwg putih, bwg merahl, lada hitam.
Masuk dalam periuk bersama santan, asam keping, garam dan gula.
Masak hingga pekat.

Tumbuk cili merah, belacan, garam dan perah limau untuk sambal laksam.
Ulam-ulaman semua di potong halus2. Tabur atas laksam ketika hendak di makan.

4 ulasan:

  1. Bagusnya laksam ni pasai buat sendiri dan tak seperti laksa..nak kena beli. Kekadang terasa was2 akan kebersihannya..
    p/s- wife teman hhmm..rajin, laksa pun buat sendiri..

    BalasPadam
  2. lebih baik isteri masak sendiri drp mkn masakan org kat luar, lebih kemesraannya..

    BalasPadam
  3. TA....skrg ni semua org dah pandai buat laksam, kat Sabah pun ada.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)