Salam Sejahtera....
Tahniah Kelantan kerana memenangi piala pada tahun ni. Tak sia-sia penyokong yang datang dari jauh untuk menyaksikan pertandingan sengit dengan Negeri Sembilan.
Akak tak tengok malam tadi walaupun di gesa anak supaya menyokong Kelantan. Bukan tak minat tapi akak lebih suka menonton Mari Menari, walaupun ramai yang kata rancangan tu tak menarik, membosankan, rancangan paling teruk la........tak kesah....bukan apa, saje nak seronok2. Tengok orang menari ni kekadang kelakar pun ada. Paling penting akak nak tengok Zulhuzaimi yang handsome tu.....hehe.....kalau takde dia, besar kemungkinan akak tinggalkan MM tu....
Cerita pasal bola, lelaki dua orang dalam rumah ni, siap pakai baju merah juga untuk merasakan kehangatan yang sama seperti dalam stadium. Walaupun jauh beribu batu dari stadium, mereka tetap bersemangat menontonnya. Anak beranak baju merah, siap selongkar almari cari baju. Lucunya bila anak akak suruh beli tiket balik KL hari tu jugak. Aduhai, dia ingat murah agaknya.....budak2....mana la dia tau, nak seronok je!!
Paling best masa dalam kereta petang sebelum perlawanan kami bertiga meneka berapa gol akan dijaringkan. Akak kata 2-1, anak kata 4-1 dan suami kalau tak silap 3-1. Tapi akak tak kata pasukan mana yang akan menang, cuma menjangkakan kemenangan 2 berbalas 1. Akhirnya tekaan akak tepat. Maka riuh rendah la malam tadi dalam rumah akak walaupun hanya tiga umat. Nasib baik takde orang kena belanja akak, kalau tak dah kena tuntut hari ni......
Tahniah Kelantan!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)