my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Salam Satu Malaysia!

Salam Satu Malaysia! wah.....tak pernah2 aku guna ayat ni, tetiba pulak keluar satu Malaysia. Ada orang dalam rumah aku ni paling tak suka 'ayat' tuh! Aku? aku peduli hape kalau media elektronik nak guna 'ayat' tu sebab bagi aku macam takde maknanya. Kalau orang bagi salam, 'assalammualaikum', kita boleh jawab.....'waalaikummussalam'.....tapi kalau macam ayat kat atas tu?

Alamak, kang ada pulak orang marah kalau aku komen lebih2. Tapi sebagai rakyat Malaysia yang di utamakan katanya, kita ada hak 'bersuara' dengan apa cara sekali pun. Samada dengan menulis, berhujah depan orang, gunakan rakaman atau apa saja. Asalkan tidak menyinggung hati mana2 pihak.

Aku pun kurang setuju penggunaan 'ayat' tu sejak mula lagi. Rasa macam pelik je......kalau 'Salam Sejahtera' digunakan, aku memang setuju sangat la....ada juga maknanya. Masa mula2 aku dengar dulu, telinga aku ni rasa janggal je.....che abe kat sebelah jangan cakap la.....membebel tak puas hati. Bagi para pengacara tv, dj radio dan seumpamanya terpaksa ikut saja apa yang di saran oleh pihak atasan. Tak ikut, dikata membantah pula, betul tak?

Apa aku membebel ni? Benda dah basi baru nak tulis, nak buat macam mana, baru teringat!

2 ulasan:

  1. Yelah ..depa dok pulun dgn satu malaysia..jadi depa nak semua ada perkataan satu malaysia..
    kononnya slogan itu dapat mengembalikan keyakinan rakyat dah hampir pupus akibat kerja buat mereka yg berleluasa..
    p/s-kalau dok gagah jugak nak buat mereka boleh ucapkan seperti ini : Assalamualaikun dan salam satu malaysia. maksudnya kena ucapkan salam bahasa syurga terlebih dahulu..haa lepas tu nak selit yg lain pun go ahead. kanh kalau tak bagi meroyan lak jadinya nanti..hee

    BalasPadam
  2. En.LB...betul tu, saya sokong seratus peratus. Dulukan yg wajib...hehe..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)