my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Cekodok Durian

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Salam sejahtera kawan2 pb yang dikasihi. Hari ni pb taknak cerita panjang. Mood tak ok, badan tak sihat, mungkin nak demam agaknya. Harap2 cuti chinese new year ni dah sihat. Kalau tidak, susah hati hubby dan anak.

Cekodok durian ni pb buat petang semalam. Ada lagi sikit dalam peti, jimat2 takut bila2 nak makan dah ada dalam simpanan. Resipi pb ambil dari chef kita tu, sape lagi kalau bukan Mat Gebu. Tengok sini kalau nak gambar lebih cantik. Minta izin copy paste resipi ye adik Mat.

CEKODOK DURIAN

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan isi durian
1 1/3 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1/3 cawan gula halus
1 cawan air (kurang lebih)
1/4 camca teh garam halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali air. Gaul rata dan tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau, hingga mendapat adunan yang boleh dijemput. Rehatkan 5 minit.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, basahkan hujung jari dan jemputkan adunan ke dalam munyak tadi, goreng hingga kuning keemasan pada seluruh cekodok tadi. Anglat dan toskan, letak atas paper towel. Buat kaedah sama pada baki adunan.
  3. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang.


Hubby komplen (tak suka tau) kurang durian dalam cekodok ni. Manis dah cukup, gebu, goreng pun sonang.

9 ulasan:

  1. Kak! Mak sy pnh bt cucur durian. Mmg sdp! Letak isi durian byk2 pastu cucur mcm ala-ala cucur pisang tu. Oh! Sodap!

    =D

    BalasPadam
  2. tak pernah rasa lagi ni...kena cuba ni

    BalasPadam
  3. salam kak zana...sedap ni, arwah ma selalu buat dulu....rindunyaaaa

    BalasPadam
  4. @Pok Amai-Amai:
    Ni first time akk buat dan mkn, mmg sdp la.

    BalasPadam
  5. @Liza:
    Wslm liza, air tgn mak mmg tak boleh lupa..

    BalasPadam
  6. sedapnyeeeeeee!! nak try laaaa!!! :))

    BalasPadam
  7. alamak..serius meleleh air liur..huhu..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)