my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Yee Mee ikut suka hati ku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Ringkas je pb nak tulis, perut sakit memulas ni. Nak kata makan pedas2, rasanya biasa je tadi makan nasi dengan ikan sambal. Maaf la tak dapat lawat kawan2, esok2 la ye.....(waktu ni pukul 9 mlm)


Ni favorite anak pb, yee mee tapi ini bukan mee siput. Pb guna mee yang kering tu, ok la, ada sikit2 rupanya. Simple je.......pb tiru sikit macam dalam myresipi tapi dah banyak lari dari asal....hehe....bahan tak cukup le.

Sekeping dada ayam (pb guna bahagian peha)
4/5 ekor udang besar
2 batang cili kering (potong2)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis (kicap pekat takde)
2 keping hirisan halia
sedikit stok ayam
1 sudu besar tepung jagung
1 cwn air
3 ulas bawang putih
sedikit serbuk lada hitam
cendawan butang (kat rumah takde, tak letak pun)

Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga naik bau.
Masukkan ayam dan udang.
Masukkan air, sos tiram, kicap, stok ayam, lada hitam.
Dah ok semua perasa, baru masukkan mee yang dah direbus dulu.
Bancuh tepung jagung dengan sedikit air, masukkan.
Dah jadi yee mee......hehe....sedap jugak ni, macam kat kedai.



Kepala udang saja tak buang, konon2 nak bagi lebih sedap, tapi memang sedap pun.






nota pb: lepas upload gambar, terus dok dlm bilik termenong
ni yang lambat publish entry, ntah apa silap makan..

10 ulasan:

  1. Peh! Sedap mee tu kak. Menengokkan udang tu je, menjejeh air liur jadinya....

    BalasPadam
  2. assalam zana,
    heheh..kira entry ni dipublish dalam bilik temenung ke?..hehe..alahai
    makan apalah tu yang kasi perut memulas..kadang2 angin pun ya..maklum ler kadang2 nak period pun ya..yee mee tu kalau kasi kat kita boleh licin satu pinggan ni..hehe

    BalasPadam
  3. salam kak zana.. huhu kita memang dah lama tak blogwalking.. busy final exam.. la ni pun busy dgn presentation..

    blog kak zana ni memang sesuai singgah dikala kelaparan..haha..

    yee mee suke hati akak ni kuah die macam ala ala mee hailam ek? lebih kurang mcm yg mak kte ajar.. hehe kalau buat sendiri best kan. macam2 boleh letak..nyam3

    BalasPadam
  4. dah lama tak makan yee mee tengok yee mee yang akak masak ni nafsu makan saya tiba2 jer ada..hehe salam kenal..

    BalasPadam
  5. @Ayu:
    Wslm.......tak la mcm tu, mna boleh concentrate?hehe....mkn rojak buah rasanya.

    BalasPadam
  6. @Aesya Zealous:
    Ooo....bz rupanya, ingatkan xnak dtg lg rmh akak. Tkpe la, settle dulu study aesya tu, lps ni bukan bw je, rempit blog pulak...

    BalasPadam
  7. @Totie@Tomy:
    Maaf la kalau akk dah menaikkan nafsu Totie, slm kenal juga.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)