my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Bersyukur dalam hidup ini

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"


Januari 2012, berlalu sudah 2011 meninggalkan kita dengan seribu kepedihan, kemanisan dalam hidup. Alhamdulillah, walau pb dan keluarga tidak mewah seperti teman2 lain, bersyukur dengan apa yang diberi. Lebih baik begitu, asalkan kita tidak meminta-minta, tidak mengambil hak orang lain, tidak menyusahkan sesiapa, itu sudah memadai.



Untuk entry pertama ditahun 2012 ini, saje pb sajikan gambar yang ada dalam simpanan. Bila tengok gambar si Mek ni (kucing kakak) rasa betapa beruntung hidupnya. Hanya tahu main, makan, tidur dan berak. Bila di dukung, taunya nak isap jari kita je, sampai kedalam tekak dia hisap. Jika dibandingkan dengan kucing lain yang terbiar diluar sana, Mek memang beruntung. Ada tuan yang penyayang, rajin mengemop bila dia buat perangai 'melabor' dalam rumah.


Tin ni pula hubby beli dihari tahun baru, katanya surprise untuk isteri (takde la surprise sangat, nak pujuk hati bini sebab hari tu tak dapat bawa balik dari kampung) Kiranya lepas ni, anytime boleh dapat tin ni di Sabah. Terima kasih la sayang ku, takde pun takpe, kalau ada lagi bagus kan?



Kesian tengok kaki kucing ni. Hampir menitik air mata kami.........sepeninggalan kami, takde tempat dia nak tuju agaknya. Makan menumpang rumah orang, kalau ada orang campak sisa makanan, ada la makan. Biasanya pb dan hubby yang prihatin kat dia. Bila kita takde, kurus kering jadinya.

Agaknya dia masih ingat pada kami. Sehari lepas pb sampai, esoknya dengar suara dia mengiau kat belakang rumah. Hubby pun buka pintu tapi dia tak boleh panjat, rupanya kaki dia sakit. Mungkin tersepit atau dilanggar motosikal. Kami sediakan makanan dan minuman, bakul untuk dia tidur. Untuk sementara ni kami biarkan dia 'melepas' belakang rumah sebab dia tak boleh bergerak dengan lincah lagi. Takpe la.......kesian dia.....

Entry kali ni pb cuma nak buat perbandingan antara Mek dan kucing jalanan ni. Betapa Mek bertuah punya rumah besar, bersih, terjaga makan dan minum, malah tempat membuang najisnya pun bersih. Bayangkan hidup kita seperti kucing ni? Siksanya hidup merempat, tiada saudara mara, tiada rumah dan harta. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Janganlah diputuskan hubungan keluarga yang dekat atau jauh. Jagai harta yang kita ada dengan baik dan kalau belum memilikinya, berusahalah untuk memilikkinya.

Tentang tin biskut tu pula, kita masih beruntung kerana dapat merasa, memiliki makanan yang sedap dan berkhasiat. Cuba tengok orang lain yang hanya dapat makan ayam dan daging sebulan sekali. Bayangkan kalau kita hanya makan nasi kosong dengan garam dan ikan kering (ikan masin pun mahal tau) atau telor goreng dengan kicap. Maka, bersyukurlah dengan rezeki yang kita miliki. Sebulan sekali tak dapat pizza pun apa salahnya.

Hidup ini kena banyak bersyukur. Jika tidak, kita menjadi manusia yang tidak pernah puas. Hasad dengki pasti wujud didalam hati melihat kesenangan orang lain.

10 ulasan:

  1. salam...

    Ya, perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada !!!

    Lawa si mek tu...hidung merah...hehehe...

    tp kan, telur skang ni pun dh mahal ler..kalau kat kg, boleh ambik jer dalam reban, tp kat KL ni, kalo takde duit, takdelah telur....saya makanan faberet saya ialah nasi putih makan telur goreng mata kerbau dan kicap....wallah....nikmatnyer....

    BalasPadam
  2. @Cendana Kasih:
    Wslm CK....Mek mmg comel tapi perangai.....
    Telor mata mmg menaikkan selera mkn, sama la dgn akak.

    BalasPadam
  3. Betul tu kak. Klu Mek tak reti nak bersyukur gak, tatau nak kate pe. Hahahaha!

    BalasPadam
  4. @Pok Amai-Amai:
    Mek tu kategori budak, tak matang.....hehe...

    BalasPadam
  5. ehehehhee...chomei nya c mek tuh..hehehe....

    BalasPadam
  6. alahai siannya dia kak yer.betul la ckp akak hidup mesti selalu bersyukur. semoga kita tidak mudah leka dan alpa utk terus bersyukur atas nikmatNya:)

    BalasPadam
  7. Jd kucing memang best Kak.. tp paling tak best kalau tuan kita diskriminasikan kita dgn kucing2 siam.

    BalasPadam
  8. @Miss Mirror a.k.a Sam:
    Iye kan? yg cantik je disayang, yg kurap dan hodoh takde sape nak belai...hemmm.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)