my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ikan pisang-pisang goreng berlada

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Pernah dengar nama ikan pisang-pisang? Pb seumur hidup, baru ni tau ada nama ikan pisang, peliknya tak nampak pun macam pisang. Rupa cantik, sisiknya halus macam ikan bawal tapi berwarna kekuningan. Rasanya.........lembut, kulit agak liat sedikit.

Kepala ikan pisang2 memang keras...

Cantik kan kulit dia? Macam corak baju je......ikan ni mahal sikit, beli 3 ekor yang sedang2 dalam RM18. Ok la....sekali sekala nak makan.

Pb tak tau nak masak apa sebenarnya. Hubby suruh kukus je, tapi takde serai pula dalam peti. Masa pergi pasar besar tak teringat langsung serai dah habis (bukan habis je, memang kontang dalam peti sejak balik semenanjung hari tu)

Jadi pb sapu garam dan kunyit hidup (sekarang ni amalkan kunyit hidup, bagus utk kesihatan). Goreng seekor cukuplah untuk makan tiga orang.  Pb masak goreng berlada je, takde idea dah masa ni.

Cili merah/hidup 3/4 batang (Kisar)
Bawang besar 2 labu (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
Air asam jawa sedikit
Gula
Garam

Tumiskan bahan kisar, masukkan air asam jawa.
Bila hampir kering, masukkan gula pasir sesudu dua.
Garam jangan lupa.
Biasanya kalau masak ikan macam ni, pb tak kisar halus, kasar2 je.

Kita orang makan dengan sayur kacang masak lemak putih campur dengan udang besar......fuhh...sedap sangat.

16 ulasan:

  1. assalamualaikum dan salam kenal.. :) tadi masuk blog akak madiha, nampak blog ni terus singgah sini... ikan pisang2 namanya ye.. nampak selalu jual kat pasar.. tapi tak tau ikan apa, tak pernah beli.. sedap ke isi ikan ni? hmmmmm

    BalasPadam
  2. Dengan ini saya anak laut mengesahkan ini bukan ikan pisang-pisang. Ikan pisang lain lah tuan rumah(^_^) anyway macam sedap je masak tue..

    BalasPadam
  3. Tak pernah lagi mkn ikan pisang2 ni..
    Mesti sedapkannn...

    Selamat tahun baru...

    BalasPadam
  4. 1st time tgk ikan ni... sedap lauk goreng berlado tu..hehe

    BalasPadam
  5. sedapnya zana.. tak prnh beli ikan ni.. ;ain kali nk try jugak la

    BalasPadam
  6. @JaSSNaNi:
    Wslm, terima kasih sudi singgah sini. Ini pun first time beli, selalu tengok je.

    BalasPadam
  7. @AL-QASSAM:
    Dgn ini sbg surirumah yg membeli ikan ni dipasar, ingin saya jelaskan, tuan punya ikan sendiri yg ckp ini ikan pisang2. Rasanya dia lebih mahir sb dia tokeh, dia kuli......hehe..ikan pun mcm kita, ada pelbagai warna dgn satu nama.

    BalasPadam
  8. @ainnoraini:
    Memang sedap isinya, lebih sdp dari bawal.
    Selamat tahun baru Ain.

    BalasPadam
  9. @dZana:
    Bagi zana mmg sedap sgt ikan ni, cuba la....

    BalasPadam
  10. urmm..nyumm2..sedapnya kak zana..
    ana pun pertama kali dgr ikan ni..

    BalasPadam
  11. masa dok kat semporna dulu sll gak bli ikan ni..tp namanya xplak dorg kata ikan pisang2..lupa dah..xkisah apa nama..goreng pun sodap..hehehe

    BalasPadam
  12. @..::..aRe-Na..::..:
    sama dgn akak, selalu nmpk tp tak pernah tanya ikan apa.

    BalasPadam
  13. @ct@min:
    mungkin lain org, lain panggilannya....yg ckp ni org Sabah, mmg keje dia sbg nelayan.

    BalasPadam
  14. Saya membantah. Yang menjual ikan itu mungkin dia buat2 tahu je.. try taip ikan pisang2 dekat google. ada sama ke dengan ikan kat beli tue(^_^)

    BalasPadam
  15. @AL-QASSAM:
    Oooo....search kt google ek? Bukan anak laut la ni? Akak dah tgk sebelum buat entry ni, mmg ada beza tp nk buat mcmna kan? Dah yg jual tu ckp ikan pisang, kita terima la bulat2; nanti akak jumpa dia, akak tnya balik ye.....

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)