my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

APAM BERAS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Pagi ni dan petang semalam, pb gembira sesangat. Nak tau kenapa? Sebab apam beras kesukaan pb ni menjadi, gebu dan lembut. Entah berapa ketul masuk dalam perut. Sepiring dah melayang rumah jiran sebelah. Harap mereka suka. Dah terlebih2 buatnya, sape nak makan, kan?

Sebenarnya semalam masa pb blend nasi dengan gula, pb confident sangat ada tepung beras dalam kabinet. Lepas blend nasi tu, pergi la cari........aggagaga....tak ada? alamak, bendalah dah mesin, tepung yang ada seciput je. Terpaksalah encik hubby hantar pb kekedai sebelum dia kesekolah. Selamat apam beras ku........

Apam beras ni dah ramai kawan2 yang buat seperti Azlina terminal hijrahPotret Kasihkakrose seripayaku.
Resipi pb ambil dari http://www.myresipi.com/top/detail/3578 dan diubah suai mengikut Potret Kasih (dia tak guna gula perang)


APAM BERAS

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)(pb letak 2 sk)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.(pb colet sikit minyak pd acuan)
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap! 
nota pb: pb guna gula putih satu setengah cawan.



Ni yang pertama pb kukus, tak cantik langsong masa keluarkan dari bekas walau dah letak minyak. Sebenarnya belum sampai 3 jam perap, pb dah kukus sebabnya..........masa pb kedapur, bahan perapan ni dah melimpah kelantai......hehe.....bekas adunan kecik sangat. Tak sangka melimpah ruah jadinya.


Kali kedua, pb kukus dengan acuan lompang. Cantik je jadinya, suka je hati ni.........ada lebih adunan pb masukkan dalam loyang, boleh buat sarapan.  Pagi ni pb kukus balik, masih lembut lagi. Lepas ni kalau nak buat untuk kami bertiga, kena setengah adunan je.

19 ulasan:

  1. A'ah yg kedua tu cute dan cantik. Kalau rajin boleh aje menjadi...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Menjadi apam yang Zana buat. Cantik gebu je kakcik tengok. :)

    BalasPadam
  3. salam

    perghh bestla..
    ada blog menu yg dikongsikan..

    #follow sini..;)

    BalasPadam
  4. kuih apam ni mmg my favorite...slalu beli jek kat makcik bniaga bwh umh...boleh cuba try test buat ni...bhan2 pun mudah jek...tqvm...esok nk wt sarapan bnda ni

    BalasPadam
  5. comelnya apam beras pb ni... kaler pink lg... sedap buat minum petang...

    BalasPadam
  6. Salam kak Zana,
    Wah gembira bunyinya tu ye. Apam cantik molek menjadi. hehehe.... nampak gebu je tu. Saya suka warna putih apam tu, nampak makin gebu.

    Ijan.

    BalasPadam
  7. @Papa PUSS:
    Wslm....tq papa puss, blog rojak ni..

    BalasPadam
  8. @blogresipi.com:
    Wslm ijan, mmg la suka sb akk minat sgt apam ni.

    BalasPadam
  9. Wah, saya sangat suka, sangat suka...
    kalau buat...nanti kita tempek gambor noooo

    BalasPadam
  10. salam perkenalan....suka sangat dgn apam ni....

    BalasPadam
  11. Wahh mesti sedap apam beras tuu.. Gebuzzz jer ...

    BalasPadam
  12. nad suka makan..:)
    p/s :: bodyshop punya best tak ??

    BalasPadam
  13. @aku budak klang:
    Salam kenal dik, terima kasih sudi dtg blog ni.

    BalasPadam
  14. @Miss Nadya:
    Ok je bodyshop bg akk, dah bnyk produk dia yg akk guna.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)