my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Pisang goreng mentega

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Salam sejahtera, dah mula kerja ke semua? Kalau kena kerja kat pejabat tu, bawak2 la bersabar ye. Orang lain bercuti lagi (sambung cuti), jangan marah2 macam hubby pb tu. Semalam dia dah kena pergi sekolah. Muncung je, anaknya cuti seminggu, tu yang jeles tu.....hehe.....senang macam pb ni. Takde nak fikir sekolah atau kerja. Fikir masak......membasuh....mengemas....membebel....oppss, termasuk jugak tu. Letih tau membebel ni.....

Hari ni pb nak kongsi pasal pisang goreng je. Hari tu pb beli pisang nipah kat pasar tamu, manis sangat. Pb goreng dengan tepung separuh. Separuh lagi pb goreng togel je, kemudian letakkan mentega/butter dan tabur gula atasnya. Sedap tau!! Pb lupa la ambik kat mana resipi ni, jalan2 kat google, terjumpa....rembat ler..



Gorengkan pisang nipah dalam kuali bersama minyak panas (mestilah panas, apa daaa)
Bila kekuningan atau masak, angkat.
Sapukan butter/mentega ketika masih panas.
Taburkan gula halus diatasnya. Boleh juga guna gula perang.


Siap untuk dimakan. Takdelah terbuang pisang ni sebab kekadang blur nak buat apa. Pisang nipah ni sedap digoreng dengan tepung biasanya atau dibuat nagasari. Kalau nak buat cekodok, tak sesuai bagi pb.

8 ulasan:

  1. Haaa..idea baru utk goreng pisang..maceh kak zana..
    Serupa la kita kak zana.. Hb sy pon mcm malas je nak gi keje hari ni..dia rs mcm nak extend je cuti sampai jumaat, tp mana bole kan, keje dgn org daa... hehehe

    BalasPadam
  2. Kalau keluarga kakak asal pisang je memang tak terbuang. Kalau pb kata tak sesuai buat cekodok tapi kami tetap guna kalau terdesak...

    BalasPadam
  3. sedapnya..hnatar sikit ke Klang...hehehe

    BalasPadam
  4. rupa gelap..tapi makan sedap...

    BalasPadam
  5. @'idun sa'idun:
    hehe...kesian dia org kan? tak tau la ni idea lama ke baru...hentam saje la labu..

    BalasPadam
  6. @Kakzakie:
    lain org, lain pula seleranya kan? bukan apa, kekadang pisang nipah ni ada yg berbiji, tu yg tak boleh buat cekodok tu.

    BalasPadam
  7. @aku budak klang:
    kat Klang bnyk pisang kan? sini pisang mahal la dik...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)