my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Roti goreng sardin

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Pagi ni pb dapat bersiaran awal sikit, kejap lagi kalau dah sinsing lengan baju, memang tak ngadap komputer ler. Dah dua hari anak mulakan sekolah, sibuk bukan main kita-kita ni ye? Macam lipas kudung, tambah pula anak pb tahun ni baru masuk sekolah agama. Jadinya pagi petang pb sibuk.

Ok la, taknak citer panjang, sterika dah on tu, kang kena sound dengan encik hubby. Disebabkan sekarang sekolah anak pb dah dekat, takde la pepagi nak meronda ke KK. Haii.....terperap kat rumah je le nampaknya...

Sarapan pagi ni dengan roti goreng sardin, simple je buatnya.

2 sudu cili kering
1 ulas bawang putih
1 tin kecil ikan sardin (ikan saja digunakan)
sedikit minyak masak
garam dan gula
Roti beberapa keping
3/4 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung gandum (tak letak pun takpe)
sedikit kapur makan


Caranya:-
Tumis cili kering dan bawang putih hingga naik baunya.
Masukkan ikan sardin dan hancur2kan.
Masuk gula dan garam.

Potong tepi2 roti supaya rata. Bahagikan dua.
Letakkan inti sardin dalam roti dan basahkan dengan air ditepinya.
Kemudian kelim/rapatkan tepi roti supaya bila digoreng, inti sardin tidak terkeluar.
Bancuh dengan air tepung beras, tepung gandum dan air kapur.
Panaskan minyak dalam kuali.
Celup roti dalam adunan tepung dan goreng hingga kekuningan.
Angkat, makan panas2 tau baru sedap.




12 ulasan:

  1. salam zana....anak2 liza mmg suka roti grg sardin cmni...berebut2 diorg mkn...hihihhi

    BalasPadam
  2. lama tak buat makanan ni.klau buat takde sape nk mkn.masa ank kecik2 diarang suka makan..

    BalasPadam
  3. @Liza:
    Wslm liza, untung la ramai anak, licin pinggan, senang.

    BalasPadam
  4. @kakyon:
    Haha.....kakyon takyah masak ler, mkn luar berdua dah jimat. Sesekali boleh buat masa cucu dtg, betul tak?

    BalasPadam
  5. selalu beli jek roti goreng kat pasar malam...tapi roti sardin mengugat iman plak..hehehe

    BalasPadam
  6. selalu buat bekfes untuk anak2 mcm tu..

    sedapkan dan yg penting senang nak buatnya...

    BalasPadam
  7. memang sedap roti goreng sardin ni... nyummm

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)