my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ikan goreng tauco

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Rasanya dah dua hari tak update blog tapi ada juga yang sudi datang dan follow blog pb ni. Terima kasih ye, jika pb belum ada peluang blog walking, minta maaf bebanyak. Kekadang tu broadband slow gila, jenoh menunggunya.

Update hari ni pb nak share ikan goreng tauco hari Jumaat lepas. Masak simple macam ni pun boleh tambah dua pinggan nasi tau. Padankan dengan sayur kobis organik digoreng dengan cili tumbuk/mesin. Tak toleh kiri kanan encik hubby makan. Kena pulak dengan sambal belacan.

Biasanya orang masak tauco guna ikan kerisi, ikan kembong, ikan gelama (lama tak nampak gelama kat pasar KK) tapi pb masak tauco dengan ikan belais. Ikan memang sedap sangat kalau digoreng saja. Setiap kali kepasar, hubby akan pilih ikan ni dulu.  Mungkin sekarang ni tengah musim, sana sini orang jual. Cepat je habisnya.


Senang je, ikan digaram kunyit dan gorengkan.
Potong bawang besar sebiji, potong kasar.
Potong lada hijau sebiji dua (pb suka lada hijau)
Tauco kena ada la kan? kalau tak, tak jadi ler masakan tu.
Air asam jawa.
Sedikit gula.
Sedikit kicap.
Sedikit halia dihiris halus.
2 ulas bawang putih, hiris.


Tumiskan bawang putih dan halia. Kemudian masukkan air asam dan tauco.
Masukkan gula dan kicap (saje pb letak kicap, bagi gelap sikit kaler tu)
Kemudian masuk bawang dan cili hijau.
Dah siap, curahkan atas ikan goreng tadi.


Bagi pb, ni masakan orang sakit dan orang malas!!

13 ulasan:

  1. salam kak zana...hubby liza pun suka ikan masak taucu ni..ikan tu macam ikan bawal yer...hihihihi Liza xkenal laa ikan tu...

    BalasPadam
  2. @Liza:
    Wslm liza, ikan ni xde rupa bawal pun. Mcm talapia skit2 tp isi dia bnyk n lebih sedap dr bawal. Mcm ikan merah pun ada.

    BalasPadam
  3. apa saja masakan , ada je taucu memang cik ina suka. lagilah kalau makan ngan nasi panas ada buh cili api ngan cili besar tak kira hijau atau merah, dah terliur .

    BalasPadam
  4. masakan org paling rajin dan sedap kan zana..hehe

    BalasPadam
  5. suka mkn masak tauchu ni tp nak buat alahai x pandai padahal senang jer kan..huhu

    BalasPadam
  6. kak ipar sy yg org perak tu suka masak ni ehhehe

    BalasPadam
  7. @Cik Ina Do Do Cheng:
    Sudi jgl cik ina singgah blog ni ye, terima kasih

    BalasPadam
  8. @kakyon:
    Gitulah nmpknya kalau dah buntu otak ni...

    BalasPadam
  9. @adarnadzmie:
    Kesiannya, senang je ni, tak cuba tak tau....

    BalasPadam
  10. dah lama tak makan ikan masak tauco ni kak... kat sini cam takde plak ikan belais... ke izan yg tak kenal...

    BalasPadam
  11. Itu kt sabah, kt semenanjung, xtau plak namanya Izan.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)