Assalammualaikum, hari isnin bermula lagi.......apa daa pb ni, dah nak masuk senja baru nak update blog. Bukan apa, tadi dan semalam (ahad) pb sibuk bebenor shopping barang untuk tempahan nasi tomato dan lauk pauknya. Tadi pukul 12 tengahari, baru dapat rehat. Ini belum lagi masak untuk malam.....adoi...rasa macam malas je.....tapi kena buat juga, kesian hubby dengan anak nanti kelaparan.
Nak bagitau ni, pb dah boleh buat cheesy sendiri macam kat kfc tu. Sedap, sebijik rasanya sama tau. Anak pb suka sangat, katanya, kalau boleh nak makan hari2. Ayahnya pula, jangan masak banyak2, jimat2 sikit......tapi tadi dia yang bawa kesekolah, nak belanja kawan. Pb kata, sayang la cheese powder kita tu, jauh nak order, bukan senang. Takpe kata dia, tiap2 bulan kita boleh order sebab anak dan ayah suka.
Cheese powder ni tak mahal, pb order 2 pek. Sesiapa yang nak cuba boleh la pergi ke blog XANE NEOR atau ke facebook beliau. Cepat juga sampai, walau jauh dari sana ke Sabah. Bila dah ada yang diidamkan, apa lagi, menggodeh ler.......pb buatkan kentang goreng ala kfc.
Tepung gandum, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, garam, sedikit gula dan serbuk kari (pb tak guna serbuk lada) Bancuh dengan air.
Kentang dibasuh bersih dan rebus hingga empuk.
Potong kentang macam kfc tu dan salutkan bancuhan tepung tadi.
Goreng dalam minyak panas.
Untuk cheesy pula, bancuh cheese powder dengan air panas.
Kalau nak secawan, air pun secawan. Kacau rata hingga tiada bintil2. (pb masuk mesin kisar)
Dah siap, boleh letak atas kentang goreng tadi.
Tak payah pergi kfc semata2 nakkan bendalah ni.....
Silakan.......makan petang boleh....malam pun boleh...bila2 masa je. Cuma jangan merungut kenapa berat badan naik tak turun2.
dapnyer cheesy wedges!
BalasPadamsaya da lame x makan wedges=))
BalasPadamNi mmg fav dulu kalo p kfc...
terkenang.. nak makan la malam nanti...
BalasPadamBrp hengget satu peket ni kak zana..?
BalasPadamui..sodap tu..kat mn akak bli peket tu?
BalasPadamsalam kenal,sedap ye?,,ada jugak kawan yang kat sg petani duk jual..tapi tak cuba beli lg,bolehlah cuba pasni
BalasPadamAssallamualaikum kak Zana..
BalasPadamWahhh..ni kalau anak lelaki Naz nampak ni, harus dia suruh oder sekarang ni. mmg suka sangat dia dgn cheezy wedges.. Thanks for the info ya!..
senang dah ade serbuk ek..nora masak sendri je le..dapat satu botol..tak sedo juga abeh nye..
BalasPadamalamak namapk sedap....boleh naik berat badan lepas ni...heheh utk ABK ye
BalasPadamSALAM K.ZANA.EMMMMMMMMMMMMMM..SEDAPNYA,ELOK TUK NAMBAH BERAT BADAN.HIHIHI
BalasPadamAssalamualaikum kak Zana, owhhhhh...baru tahu ada cheese powder ni, selalu kalau buat cheesy wedges guna cheese warna oren tu, msk kejap then campurkan susu dll, kalau ada powder camni lg senang kerja kan! Rasa cam nak order tp la ni tgh diet sikit.. :))
BalasPadamoyah selalu mengoder cheese powdwer tu.klau dh ada..x benti mkn wedges..siaplah bertambah beratnya..
BalasPadamterliur r..haha
BalasPadamsekampit berapa ringgit?
BalasPadam