my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

KL Gangster 2

Semalam kakpb dan famili tengok KL Gangster 2 di Suria Sabah. Beli tiket online senang. Tapi semalam orang tak ramai sebab filem ni dah tayang dari minggu lepas lagi. Masa kami menonton Vikingdom. Kali ni pergi sebab permintaan anak bujang kakpb. Sebenarnya tak suka sangat dia tengok cerita begini tapi nak halang pun, dia dah tengok dirumah opahnya minggu2 yang lepas. Kan sebelum ni kecoh filem ni terlepas di internet. Dia sempat tengok. Jadi semalam sekadar meneman kami yang belum tengok.

Ok juga filem ni tapi kakpb tak galakkan budak2 tengok. Dari anak kakpb pandai tengok tv memang tak benarkan langsong dia tengok cerita yang ganas2. Kalau kami nak tengok wresling ke....cerita perang2 ke...kakpb suruh dia tidur dulu. Kakpb memang pantau habis bab2 ganas ni. Contohnya tak benarkan bermain api seperti bakar2 sampah. Tak biarkan dia guna pisau atau gunting untuk gunting2 kertas (kalau bagi main pun cari gunting yang tumpul hujungnya.) Barang mainan seperti pistol, senapang, pisau dan lain-lain memang tak dibeli sekalipun dia berminat. Jadi anak-anak tidaklah cenderung kearah benda2 sebegitu bila dia membesar.

Eh..lari tajuk pula. Bukanlah nak kata cerita ni tak bagus. Boleh anak tengok cuma ibubapa kena ada sama. Kakpb selalu pesan pada anak, tengok boleh sebagai panduan tapi jangan ditiru yang tak elok tu.

 
sumber foto : sini

Kakpb tak sempat tengok pada awalnya kerana sampai lewat 6 atau 7 minit gitu. Jalan jem, parking jauh sikit dari panggung. Masuk2 je dah bergasak si Tailong dengan King (Riduan Hashim). Bahasa yang digunakan 'lu' dan 'gua'. Adakah keluarga Shark (Shamsul Yusof) berbangsa cina kacukkan? Bapanya King (Ridzuan Hashim) dan ibunya pelakon Angeline

Terbaik lakonan Rosyam Nor, Sofie Jikan, Zizan RL dan lain2nya. Aaron Aziz toksah tanyalah....time sedih, memang sedih gila muka dia (kakpb pun sebak) time mengganas tu, memang kita pun sakit hati tengok. Adi Putra pun tak kurang mantop. Rokok sebatang sepanjang masa kat mulut. Dialog terbaik dia, "aku tak hisap rokoklah, emak aku marah....aku semput mana boleh hisap rokok!" lebih kurang gitu ler....

Penghibur dalam filem ni dah sah-sah si Zizan dan Sofie Jikan. Pantun sepanjang masa dengan slang cina dia......kakpb kadang-kadang baca kat subtitle untuk lebih jelas....haha...cerita melayu tapi kena baca subtitle.

Oklah....baik korang tengok sendiri mana yang belum pergi tu. Support filem Melayu walaupun taklah menggambarkan filem kita sangat. Sekadar cerita rekaan kan? Nanti marah pula orang filem, surirumah nak komen filem mereka, apa yang kita tau....tengok dan komen. Hak kita.....masuk panggung pun kita bayar, jadi kita berhak komen, tak gitu?

6 ulasan:

  1. perrrghh advance nyer akk..sy br je tgk promo cite ni smlm ;-)

    BalasPadam
  2. Wah best.. nnti ada masa nk juga pergi tengok.. thanks sharing ye..

    BalasPadam
  3. cerita ni banyak menjerit.. adoih!! hahaha..

    BalasPadam
  4. Lama dah tak p panggung. Hihi.

    BalasPadam
  5. walaupun org kata dah keluar Youtube...tapi tak pernah tengok pun....berita gini malas sikit OKje nak layan mcm tak best je...cite gaduh2kan...

    BalasPadam
  6. mcm best jer cite ni zana. tapi akk malas dah nak layan citer camni.suka layan drama korea jer..hehe

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)