my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Sahabat Pena

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Anda ada sahabat pena? Sahabat pena bagi ku adalah teman yang kita kenali melalui satu ruang di suratkhabar, majalah hiburan atau seumpamanya. Sekarang mana ada lagi kenalan seperti itu sebab semuanya dah menjadi mudah dengan hujung jari menekan komputer, berkenalan melalui internet seperti facebook, myspace, twitter dan lain2 lagi.

Dulu, zaman aku sekolah menengah, aku ada sahabat pena di UKM. Masa tu aku kat Johor, tinggal dengan datok ku. Aku kenal dia melalui majalah kalau tak silap. Dia seorang pelajar lelaki di sana dan aku hampir lupa nama penuhnya yang bermula dengan Ku........bertahun juga aku dan dia berhubung melalui surat kiriman.

Tapi hubungan kami tak lebih dari seorang adik kepada abangnya. Aku tak pernah ada perasaan, walaupun surat2nya tak pernah putus kepadaku. Apatah lagi aku tak dapat bayangkan bagaimana orangnya. Kalau perhati pada hasil karangan suratnya, dia seorang yang pandai mengukir kata dengan bahasa yang indah. Tulisannya penuh dengan kata nasihat, gurau senda dan bersemangat.

Setiap minggu aku tertunggu2 surat dari dia. Seolah2 aku rindukan dia tapi mungkin kerana ketika itu aku selalu sunyi kerana tiada teman atau adik beradik disekeliling ku. Aku simpan kemas surat2 dia dalam satu bekas seolah2 aku sayangkan dia. Kisah ini dah lama berlalu dan aku hampir tidak mengingatinya lagi. Kalau tak silap aku, persahabatan aku dan dia terputus bila aku pindah mengikut mak. Mungkin sekarang dia dah bercucu agaknya.

Nampaknya kebiasaan ku yang suka menulis surat dari sekolah dulu terbawa2 hingga sekarang. Tapi bukan tulis surat, tulis dalam blog pula. Bagi ku ini satu kepuasan. Seolah2 aku berkongsi resipi masakan dengan semua orang.

nota aku: bagaimana rupa dia agaknya? dah puluh tahun berlalu...

4 ulasan:

  1. hihi.. entry kak zana ni mengingatkan sy zaman2 skolah dulu. bkn main ramai lg sahabat pena surat sana sini hahaha.. tp skang semua dah tak tau ke mana.

    BalasPadam
  2. betullah kak zana, sy pun pernah ada shbt pena , entah ke mana2 dah mereka ni... agak2nya mereka ingat sy lagi tak?

    BalasPadam
  3. Halen..mereka dah beranak pinak, mana nak ingat kita ni..

    Sari...akak masih ingat, Ku Seman Ku Husseib, mcm pernah dgr je nama ni kan?

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)