my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Syurga kita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Kali ni aku taknak cerita pasal kuih, resipi atau masakan.....bosan ahh! Dah la semalam buat roti bantat, sakit hati betol. Entah kenapa 2 hari ni apa yang aku  buat serba tak kena. Nak kata rindu kat mak ke, famili ke......baru  je call minggu lepas. Mak sihat, cuma mertua ku je yang kurang sihat dengarnya.

Khabar dari mak, katanya baru lepas buat perjumpaan adik beradik di rumah adik ku. Berkumpul untuk menyelesaikan beberapa perkara kerana dah lama tak berkumpul dek kesibukan masing2. Aku tumpang gembira dari jauh. Teringat2 juga, kalau aku ada pasti ditanya apa yang ingin aku katakan? Aku cuma nak mereka jangan lupakan aku yang jauh ni, itu saja. Doakan kami selamat di rantau orang dan murah rezeki (boleh balik selalu)

Intipati perbualan mereka yang aku dengar dari kakak tentang 'emak', Kalau nak cerita kat sini aku rasa tak manis pula. Jadi aku nak kongsi apa yang aku dapat dari facebook ustaz sorang ni......la..lupa nama dia. Tu la orang melayu, kalau artis mudah je nak ingat kan? hehe...aku la tu!!

Tanggungjawab anak lelaki selepas berkahwin
Sahabat yang dimuliakan,
Apabila seorang lelaki Muslim berkahwin ia bertanggungjawab memberi nafkah dan segala keperluan kepada isterinya. Samaada nafkah zahir dan batin dan asas pendidikan Islam. Dengan kadar keperluan mengikut kemampuan suami. Bila dikurniakan anak-anak maka tanggungjawabnya akan bertambah kerana telah menjadi ayah untuk menyara segala keperluan nafkah dan pendidikan anak-anaknya pula.

Walau bagaimana pun ia telah memiliki keluarganya sendiri tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapanya tidak boleh diabaikan kerana ia masih terikat dengan tanggungjawab tersebut.
Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya :
“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”
Jawab Nabi “Ibu kamu”
“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”
“Selepas itu?”-
“Ibu kamu”
Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”
Jawab Nabi “Ayah kamu”

Lihatlah betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam. Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita membalasnya. Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata, "Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu." Jawab Umar r.a., " Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu."

Hadis di atas menjelaskan selepas Allah dan Rasul-Nya, orang yang perlu dihormati dan dikasihi adalah ibu dan bapa. Bukan setakat menghormati dan mengasihi mereka tetapi segala keperluan hidup ,keselamatan dan hak-hak mereka perlulah di penuhi sekadar kemampuan si anak tadi.

Menurut Al Qurthubi, derhaka kepada kedua orang tua ialah menyalahi perintah keduanya, sebagaimana bakti keduanya bererti mematuhi perintah mereka berdua. Berdasarkan ini jika keduanya atau salah seorang dari mereka menyuruh anaknya, maka anaknya wajib mentaatinya, jika perintah itu bukan maksiat. Meskipun pada asalnya perintah itu termasuk jenis mubah, begitu pula bila termasuk jenis mandub (sunat).

Rasanya ramai yang dah pernah baca tentang tanggung jawab anak2 terhadap kedua ibubapa tapi masih juga mengabaikan tanpa di sedari. Ibubapa kita ni bukan nak duit beribu juta, bukan nak rumah banglo mewah, bukan nak intan berlian, bukan juga minta dibawa melancong ke luar negara. Hanya yang mereka minta perhatian dari anak2, kasih sayang yang penting.

Cara menunjukkan sayang tu pula bukan dengan wang ringgit atau harta benda. Anak2 yang tak mampu bagaimana pula? Kadang kala kalau kita bawa pergi shopping kat kedai dekat dengan rumah pun dah cukup. Beli barang keperluan dia seperti sabun mandi, ubat gigi, bedak dan lain2. Itu tanda kita perihatin dengan dia. Tanyalah apa yang dia inginkan kalau sesekali kita balik kampung. Kalau mahal, kita boleh bagitau, bila ada duit atau kemampuan, kita akan cari atau beli kemudian. Biasanya orang tua ni senang je nak pikat mereka. Layan apa yang mereka nak makan pun dah cukup. Jika tak pandai masak, kena la belajar. Tekak orang tua ni kekadang bukannya nak makan masakan dari restoran. Kalau anak2 sendiri yang masak lagi dia suka.

Kalau sebut bab ibubapa ni memang sampai bila pun tak habis. Aku bukan nak kata orang lain, aku pun nak ingatkan untuk diri sendiri. Harap2 apa yang aku lakukan selama ini tak menyakitkan hati mak dan keluarga ku.

Bagi mereka yang dah mula lupakan ibubapa kat kampung, bertaubatlah hendaknya. Dari buku Motivasi untuk wanita yang aku baca, bertaubat bermakna membersihkan hati dengan airmata penyesalan. Petanda orang yang bertaubat ialah tunduk, mudah tersentuh hatinya dan senang menangis. Ketika orang lain tenang, dia tidak boleh tenang kerana takut. Jika ia mengingat dosa dan kesalahan yang lalu, maka dia mengalami kesedihan yang mendalam dan gemuruh hati, yang menjadikan airmatanya kering kerana terlalu banyak menangis.

3 ulasan:

  1. syukur ada jgk sesama kita yang ingat memperingati ttg tanggungjawab masing2.. :)

    BalasPadam
  2. tanggung jawab lepas nikah tu berat...

    BalasPadam
  3. Halen...sama2 kita mengingati antara satu sama lain.

    Cikgu LB..lepas nikah berat kat lelaki, org pompuan kena taat dgn suami.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)