Mesti ingat raya kan kalau nampak biskut ni? Raya Haji pun dah dekat, pb tak biasa buat kuih untuk raya haji. Kali ni saja nak mengabiskan cornflake dalam simpanan. Tengok resipi Bro Rozzan pun simple je, tak perlu macam2.
BISKUT CORNFLAKE THUMBPRINT
sumber drp ROZZAN
225 gm mentega
½ cawan gula perang
2 biji telur (asingkan kuning dari putihnya)
1 sudu teh esen vanilla
2½ cawan tepung serbaguna
secubit garam, diayak bersama tepung serbaguna
½ cawan kacang walnut (dicincang halus)
1 cawan cornflake yg dihancur halus, dicampur dgn kacang walnut
jem raspberry secukupnya (pb guna jem blueberi)
Cara:
1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanilla.
2. Masukkan adunan tepung dan digaul rata. Bentukkan seperti guli kecil. Pukul putih telur sedikit, celup guli ke dalam putih telur dan golek ke dalam bahan cornflake dan kacang.
3. Dgn hujung jari ditekan leper dan dibentuk lobang kecil. Isi dgn jem raspberry dan dibakar pada suhu 180 darjah C selama 12-15 minit sehingga kuning emas.
senang je buat biskut ni, bulat2....lepas tu tekan dengan jari tengahnya, kemudian isi inti apa2 yang kita suka.
tak manis sangat, sesuai untuk orang tua2 (termasuk pb), jem pun tak la manis melekat orang kata..
Banyak juga dapat dalam 2 botol yang sedang besarnya. Boleh la untuk raya......hehe...saje nak sedapkan hati sebab raya kali ni masih di Sabah. Kalau dulu2 raya haji kena osom, balik mana dulu. Biasa kita orang gilir-gilir, kalau raya puasa di sebelah hubby, raya haji kena sebelah pb dan sebaliknya. Cuma 2 tahun kebelakangan ni terpaksa raya rumah sendiri. Nak masak apa eh?
Oh ye, pagi tadi pb lalu kat tempat keretapi dan lori yang accident tu, masih tak boleh operasi lagi dan ada van polis disitu.
Mushkil juga kan? Driver keretapi dah nampak lori kat tengah2 laluan, kenapa tak berhenti. Lori tu pula katanya tersangkut kat tengah2. Mungkin dia fikir sempat lori tu melepasi laluannya sedangkan lori tu ada masalah. Pb pun hairan, pagar penghalang tidak secara automatik jadi pelbagai masalah akan dihadapi. Setakat ni tak dengar lagi keretapi langgar orang, lepas ni kalau ada, baru nak diubah kot.
SALAM AKKA TQ SINGGAH BLOG IEB.... SALAM PERKENALAN DARI IEB BUAT KAK ZANA... NAMPAK SEDAP LAH NI..
BalasPadamwslm IEB, kita dah lama kenal cuma munggkin IEB lupa pernah follow blog akak...hehe...
BalasPadamtrbaik tol ni..musim ry aji org wat jgk ek bskut raya
BalasPadamowhhhhhhh.. tu yg kata thumbprint tu ya.. nak try raya haji ni mcm tak smpat jer, tapi kalu buat kudap2an pun sedap ni..
BalasPadamKak, susah nak berhentikan keretapi kak. Klu brake pun, mkn beberapa meter gak nak benti. Sbb tu die tergilis lori minyak tu...
BalasPadamSy yg musykil sbb nape lori tu ley tersangkut kat situ. Dan nape org kat setesn tu tak repot pd driver keretapi yg lori ade tersangkut kat situ. Huhuhuhu!