Suka tak makan sotong kaler2 hitam? Anak pb suka sangat, sebab dah macam masak kicap rupanya. Dia tu hantu kicap, asal makan nasi je, botol kicap mesti ada kat tepi. Ibu dia rasa macam nak baling je botol tu.......
Sotong masak hitam ni
Rasanya ni resipi ulang tayang, dah pernah buat di sini, cuma ubah suai sikit je.
Sotong yang besar 2 ekor (siang buang kulit, dakwatnya jgn buang)
Bawang putih
Cili kering kisar
sedikit kunyit
garam dan gula
Kali ni pb tak letak cili padi sebab cili kering tu dah pedas. Macam biasa tumis bawang putih dan cili. Masukkan kunyit, dah naik bau, masukkan sotong yang telah di siang dan cuci bersih.
Biasanya pb toskan dulu sotong tu dalam tapis. Kalau tak nanti masa masak airnya terlalu banyak. Kalau ditoskan, kuahnya pekat dan lebih sedap.
Masukkan gula dan garam. Tak perlu lama2 atas dapur. Angkat dan hidang.
nota pb: minggu ni hati dah kat semenanjung....
As'salam Zana
BalasPadamSelamat pagi..fav ct juga ni sotong masak hitam. macam nak serang kedai jer lepas ni cari sotong..hehehe. Tapi memang betul kan, masakkan airtangan orang lama rasanya lebih sedap berbanding kita2 ni sekarang. arwah mak dulu kalau masak ct tengok main campak2 jer tapi bila anak2 makan bersih, licin, sebutir nasi pun tak tinggal dalam pinggan..hehehe
dah sama dengan Hubby dan anak dara ct makan mesti nak ada kicap..hehehe
Oooo tak buang benda hitam tu erk...sedapnya...
BalasPadamMasak hitam tu sbb letak kicap ke sbb dakwat itam?
BalasPadam@CT Delima:
BalasPadamkakzana tak berapa sgt sotong ni, masak utk dia org je...
@Cik Rose Cute:
BalasPadamitulah pemanisnya Cik Rose..
@Fara:
BalasPadammasakan ni langsong tak guna kicap Fara..
dulu azzah tak pandai buat masak ni sebab buang dakwat dia.tu pasal tak jadi tapi sekarang dah tau..sedap kan?
BalasPadam